Saturday, March 9, 2013

Rumah Tengku Budriah * Saya nak baca doa ibu bapa *

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

"Pengalaman itu guru. Aku anak muridnya."

Hari ke-2 di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah

Kami hanya sekadar buat warm-up untuk mereka dengan sedikit aktiviti. Walaupun agak kecundang sebab kami, guru pelatih, hanya 6 orang. Kena handle 80 lebih orang. T..T Agak kecoh di sini sana dengan budak yang tidur tengah jalan la, berlari la, berebut la..Oh, itu biasa. Memang semput dengan karenah mereka. Tapi mereka cute lah! ^_^ Hehe. Terubat hati. Ada yang dah besar dan matang. Bila dia tak dapat sesuatu yang adik-adik dia dapat, dia akan tanya;

"Akak, kenapa saya tak dapat?"
"Nanti ye, tak cukup la sebab ramai sangat.."
"Takpe, saya dah besar" Sengih, sengih.
*Terharuuu*

See? Bagus kan =')

"Saya nak baca doa ibu bapa"

Minggu ke-3. Saya bawa flash card doa-doa harian. Ada banyak doa dengan gambar-gambar yang menarik. Bila saya keluarkan, kanak-kanak bertuah ini pun mula berebut. Tapi tak apa, ada banyak. Hee. Mereka hanya baca maksud doa sebab tak mahir Iqra lagi. Ramai la yang baca-baca doa. Tiba-tiba ada seorang budak datang dan duduk sebelah saya dan cakap ;

"Akak, saya nak baca doa ibu bapa"

Saya pun carikan dan bagi dekat dia dan kami baca doa bersama-sama. Cergas budaknya, dan cantik. Dia suka tanya, "Bila akak datang lagi?" . Maka, saya akan tanya balik, "Nape? Nak akak datang hari-hari? .
"Nak, nak" *Angguk*  . Eh...semput la I kalau datang hari-hari . ____.  Hehe. Takpe, seminggu sekali akak datang ye. =')

***
Hampir ke penghujung waktu prep mereka, ada seorang lagi budak datang menghampiri saya dan cakap benda yang sama, "Akak, saya nak baca doa ibu bapa" . Saya terniat nak tanya dia, Min (bukan nama sebenar),  maka dialog kami pun berlaku macam ni :

Saya : "Kenapa awak nak baca doa ni?"

Tetiba ada seorang budak menyampuk, "Sebab mak dia tak pernah datang!" Aiseh mulut budak ni ==' 
Min  : Senyap saja. Senyum kelat. Kemudian dia cakap kat kawan dia, "Jahat la kau. Akak, saya nak baca doa ni"

 Sayu. Serius sayu. Tapi saya terus layan dia dan baca doa ibu bapa sama-sama. Lepas habis baca doa, saya pun cakap ;
"Takpe, mak awak tak datang, akak kan datang? "
Dia senyum saja sambil angguk-angguk.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu engkau dustakan?

Walaupun mereka berada di rumah anak yatim, tetapi masih ada dalam kalangan mereka yang beribu atau berbapa. Dia sangat mengharap mak dia datang, tetapi hampa. Instead of cakap dia sedih , dia request untuk bacakan doa untuk mak dia. Itulah kanak-kanak suci. Walau mak abaikan macamana pun, dia tetap mahu doakan mak dia. Mak tetap mak, forever mak. Tiada ganti. 

Itulah bestnya bila ajar ahli-ahli syurga. 
bergaduh bagai nak rak dengan nangis-nangis bagai, sejam kemudian dah salam minta maaf. Boleh nampak bezanya mereka dengan orang dewasa? Bezanya adalah hati. Hati yang suci, hati yang Allah jaga.

Saya juga bawa buku-buku kanak-kanak. Semuanya tentang sirah nabi, kisah haiwan dari al-Quran, kisah-kisah teladan. No snow white, no beauty and the beast. Saya tak mahu ajar mereka dengan fantasi. Saya ingatkan mereka tak berminat sangat. Rupa-rupanya sampai tak cukup buku mereka baca. "Akak, ada lagi tak?" Haha. Even yang paling nakal pun tiba-tiba jadi ulat buku. Sampaikan seorang budak tolong bacakan kuat-kuat dan yang lain dengar ternganga. Hee ^_^ Macam penglipur lara dah =) 

Semangat belajar mereka lain. Lain daripada budak biasa. Senang cakap, mereka bukan budak manja yang spoil. Sungguh, terus terang, saya rela jadi guru mereka dan pelajar masalah cabaran intelek (terancat akal) daripada ajar budak pandai yang spoil. Ajar mereka tak memeningkan kepala. Dan saya enjoy buat kerja-kerja yang insyaAllah mendekatkan diri saya dengan Allah, mengajar mereka yang memerlukan.
I'd love to be with them forever :')

May Allah Bless!

2 comments:

khadijah said...

wonderful experience :) masha-Allah..

Afiqah Mahyuddin said...

sememangnya suatu pengalaman yg terindah bila dpt bersama dgn mereka...even, kadang2 2 pening gk la dgn keletah mereka semua...hehe