Wednesday, October 25, 2017

Home

3 Tahun Lepas..

Lokasi : Luang Phrabang, Laos

***

'Wei, ayam weh..ayam sapa ni banyak-banyak sangat ni'

'Sedap nya ayam..asyik makan sardin dengan telur je kita sini.'

Saya toleh kepala kepada kawan saya,

'Hm, apa lagi tangkap semelih(sembelih) la ayam ni. Aku nampak macam KFC tengah berlari-lari ja ni'. Entah ayam siapa entah yang berlari ke sana ke mari. Suka-suka hati saja mahu sembelih ayam orang kan?

Kalau di Malaysia, sampai muak makan ayam, tetapi kalau di negara orang, ayam sudah kelihatan seperti makanan mewah yang tidak ternilai harganya. Apatah lagi di kawasan yang sukar mahu mendapatkan makanan mentah yang halal.

***

Daftar Kata

Sep : Shush (Untuk halau anjing)
Sep lai : Sangat sedap

Jam menunjukkan 10.00 malam. Kami dalam perjalanan dari rumah ketua untuk ke rumah keluarga angkat masing-masing. Tiba-tiba terdapat seekor anjing menuju ke arah laluan kami.

'Weh, weh anjing weh..'

Naufal tidak semena-mena menjerit dengan kuat untuk menghalau anjing itu, 'SEP LAIIIIII!'

Saya berfikir seketika. Sep lai??

'Weh, awak ni dah nampak anjing macam hot dog ke macam mana? Dah 'sep lai' tu kenapaaaaa?'

Haih. Sabar jelah..

Berada seketika di luar negara cuma, tidak sampai dua minggu pun, namun penangan makanan Malaysia memang hebat rupanya. Bayangkan lah, dalam bandar Luar Phrabang itu, hanya terdapat satu kedai makanan halal. Memasak di kampung pula bukan mudah kerana susah mahu dapatkan bahan-bahan mentah. yang halal dan tidak meragukan.

Saya yang pergi hanya dua minggu di Laos pun punyalah seronok apabila pulang ke tanah air terchenta ini. Apatah lagi awak, sudah 6 tahun merantau di negara orang.

Welcome home. And you're home for good.

It's time to be home.
And, I'll be your home, H.

No comments: