Sunday, October 8, 2017

Attention

Alangkan gembira, biar berpada,
agar bila duka,
sakitnya kurang terasa.

Sejak dua bulan lalu, bersungguh saya mengajar murid saya mengeja - hingga sepenuhnya boleh mengeja perkataan 4 huruf tanpa bantuan saya langsung. Hinggakan secara spontan juga murid ini bisa mengeja, dan rasa bangga itu, tidak saya nafikan. Terlalu bahagia dengan pencapaian dia.

Ku sangka panas hingga ke petang,
rupanya banjir juga di tengahari 
😅😅😅

Tidak tahu mana silapnya, usaha yang dua bulan itu sudah kelihatan samar-samar.

'Jannah eja SATU'

'S+A = SA.. bukan S..'

'Eja KAYU'

'K+A = KA.. bukan K..'

'Eja LAMA'

'L+A = LA.. bukan L..'

dan seterusnya untuk perkataan-perkataan lain.

😕

Jika dipaksa, ejaannya betul. Namun, wujud perkataan 'BUKAN' tu kenapa wahai anak..

Adakah kamu mahukan perhatian cikgu?

Seluruh perhatian cikgu untuk kamu wahai anak..

KAMU SEORANG JE KOT DALAM KELAS TU haha

Cikgu rasa macam nak saja, tarik kepalamu ke sisiku dan bisikkan lagu Charlie Puth..

"You just want attention, you don't want my heart~~~~'

😂😂😂😂

Tak apa lah anak.. girl, you know what I'm good at?

I'm good at waiting. I'll wait for you 💗

Kita belajar lagi ya.

P/S : But you, 👦 you have my attention and my heart too. Good luck exam!

1 comment:

Anonymous said...

All the best cikgu..boleh bantu sy ajar anak autisme..moga Allah mudahkan urusan cikgu - ajak2607@gmail.com