Tuesday, September 19, 2017

Syurga dari Dunia


"Follow saya, sampai syurga, okay?"

"InsyaAllah, jika Allah izinkan, ke syurga sama-sama"



Untuk syurga yang terlalu dirindukan itu,
saya mahu ke sana bersama kamu.
Semoga, kerana Allah,
kita saling mengambil tanggungjawab ke atas diri kita,
dan saling bercinta kerana Dia.
Ia tidak mudah,
walau tidak selalu ceria,
namun, semoga sentiasa ada rasa cukup
dan bahagia, selamanya.


Terima kasih kerana sentiasa memuliakan saya dan wali saya.
Sejak mengenali awak, saya lebih banyak menangis,
bukannya sedih, tetapi gembira. Terlalu gembira.
Doa saya yang mana satu Allah makbulkan hingga dihadirkan awak dalam hidup saya?


Mudah-mudahan awak ada dengan saya, bukan hanya sekadar mengisi tempat duduk di sebelah, malah untuk seluruh kehidupan saya, sampai syurga.

Sampai syurga, insyaAllah :)

No comments: