Saturday, September 30, 2017

Kisah Seram Pendek #2

Kisah Seram Pendek Edisi Sekolah

SERPEN #2

'Jannah, eja BAGI'

'B+A = BA...

....B+I= BI....'

Seperti direnggut degupan jantung saya barang sesaat..

'HAIPPPPPPP! Itu benda lain! BAGI, BAGI..bukan ba....erk'

😓 Alamak ai anak..

Anak itu kain putih.

Jangan tersilap mencorakkannya.

Jangan juga tersilap perkataan. 😂

Buruk padahnya nanti.

***

Rentetan Peristiwa 

Mei 2017, Jannah hanya kenal 5 huruf kod Braille.

Julai 2017, Jannah menguasai 26 huruf kod Braille.

20 Ogos 2017, Jannah boleh mengeja perkataan pertama iaitu bola.

25 September 2017, buat pertama kalinya Jannah faham maksud arahan tulis/taip pada kertas Braille. Iaitu boleh menulis perkataan tanpa perlu dieja oleh guru. Mampu mengeja dan menulis sambil mengeja. Saya senyum sepuas-puasnya kerana seronok dengan perkembangan ini.

Level up! More to go baby girl!

***

Tapi kadangkala, berlaku juga situasi sebegini..

'Jannah, eja BILA'

'B...mm,bukan B..'

'Betul la B..'

'Tak..bukan B..'

'Habistu??'

Dah duk bergaduh pasal huruf pula. 😆😆 Adeh.

Tapi sekurang-kurangnya tidaklah semanja dahulu..(Seperti yang diceritakan oleh Kak Su)

'Jannah, cepat taip'

'Ye..' Jari tidak bergerak untuk menekan Braille.

'CEPAT LAH' Suara Kak Su sudah sedikit naik..

*hek hek* 'Atuk mana atuk? Nenek? Ummi?'

Haa..sudah..dia cari atuk dia dah 😂



Jannah sekarang sudah big girl. But still a darling sweetheart and the apple of my eyes 🍎


P/S : 2,3,4 1 1,2,3,5 1 1,3,4,5 1,2,4,5 1,2,5 1 1,5   2,4,5,6 1 1,2,4 2,4

Don't break the code yet ;)

No comments: