Wednesday, September 27, 2017

Cahaya Petunjuk Syurga

'Jannah, sebut kuali'

'Tuali'

'Kuali'

'Tutuwali'

'KUALI''

'Bukulali'

Haish. Apa ni sampai ke buku lali ni.. 😑

'K-U-A-L-I'

'KUWALI'

Haa..boleh la.

***

Jannah belajar main keyboard/piano bersama saya untuk menjadikan sesi pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) lebih menyeronokkan.

Berbekalkan lagu viral 'Baby Shark' yang mudah dimainkan dengan hanya 4 key, kini Jannah sudah terer main lagu itu.

'Tekan C D, GGGGGG..'

'Hm, tekan..'

'Tekan la..'

'Hm, macam mana? Hm?'

'Tekan la..guna jari ni'

'Hek..*bunyi*'

Lain macam dah ni. Kepala ditelengkan untuk melihat muka comel Jannah.

Ah.. air mata sudah muka menakung dalam sebak yang ditahan.

'Ni dah kenapa menangis ni.....'

Sebelum diseka air matanya itu, Jannah menjawab,'Esok lah kita sambung main ya'

Eh pandai pulak cakap macam ni. HAHAHA. Serius saya benar-benar terkejut dia boleh respon begitu. Selalunya mengulang dan mengajuk sahaja percakapan saya.

Benarlah, manusia itu pandai berkata-kata ketika emosinya disentuh. Sama ada dengan kasih sayang mahupun dengan luka yang dalam. Allah juga memberikan petunjuk kepada manusia, yakni Al-Quran, dalam bahasa yang indah yang penuh dengan emosi dan perasaan. Manusia fitrahnya begitu, dipengaruhi emosi, dan emosi itu dipandu oleh akal.

***

'Awak beli apa?'

'Ni, bahan bantu mengajar untuk Jannah'

'Eh awak ni, sampai ke shopping mall pun ingatkan si Jannah ye'

Sehingga saat itu, saya terpempan. Ya, kehidupan saya banyak berubah disebabkan Jannah. Jannah yang comel, Jannah yang cerdas, Jannah yang menguji kesabaran, Jannah yang istimewa.

Seindah namamu Jannah, Cahaya Petunjuk Syurga.

Kamu mendidik cikgu untuk terus mengingati Tuhan agar cikgu diberi ketabahan untuk mendidikmu. Dan kamu juga merupakan Cahaya untuk cikgu, mencari Petunjuk ke Syurga Tuhan kita. Kamu menguji emosi cikgu dalam pelbagai cara, dan kamulah penawar cikgu dalam setiap luka dengan gelak tawa.

Saban hari, banyak kes yang menunjukkan murid semakin kurang ajar kepada guru. Namun, saya dalam dunia pendidikan khas, jarang sekali bertemu dengan murid sedemikian rupa. Jarang sekali mereka membawa masalah kepada saya. Kecuali lah..

'Cigu, nak cing..(kencing)'

Tiba-tiba ada air mengalir di lantai.

'Hm, kencing dah lettew. Kak, marilah kita bergabung tenaga membersihkan dia ni..haha'

atau pun..

Mengamuk di tengah orang ramai, 'NAK AYAM GURINGGGG'. Yelah nak..cikgu dah tak malu kalau kamu buat perangai begitu. Biasa sangat dah.

Lain guru, lain cabarannya. Saya ditarbiah Allah dengan murid-murid sebegini rupa. Guru lain pula berdepan dengan masalah berbeza. Semoga, Allah berikan kekuatan hati untuk kita, menjadi murabbi mereka.

***

'Jannah, jom nyanyi lagu!'

'Nyanyi!'

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,

Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh, hati saya rindu 💖

P/S : Semoga awak juga diberi ketabahan untuk menghadapi segala buruk baik saya. Saya kan good girl 😁

Untuk ulangtahun kelahiran terakhir bergelar bujang, Sanah Helwah Syafawani. 😊

2 comments:

Fatin said...

Ececece
"Ulangtahun kelahiran terakhir bergelar bujang'.
Ni ikut bday dlm ic ke tak ni? Hehe

Semoga dipermudahkan urusan Syafa!
Happy Birthday!

the babbler said...

Fatin : Hehe ;) yang dalam IC tu salah haha.

Tenkiu fatin! May Allah bless u always too!