Thursday, August 17, 2017

Tulus

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan. Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita!

Beduk Diketuk 2 : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah.

Kadangkala, saat diri terasa perlukan sokongan, Allah hadirkan kekuatan dari pelbagai daerah,
sama ada dihadirkan insan yang tepat untuk menenangkan, tulisan dari bacaan yang menyejukkan, dan selakan rambang pada makna Al-Quran - terlalu tepat hingga menusuk kalbu.

Benar.
Allah itu dekat.
Lebih dekat dari yang engkau sangka.

Allah itu dekat.
Dan Allah tahu apa yang tidak engkau tahu.

“Insya-Allah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz berpesan; jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya.

Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

Semoga Allah berikan kita hati yang tabah. InsyaAllah.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

***

'When i miss you, i looked at your picture fitting that beautiful dress'

'Awwww...'

***

'I prayed for you everyday, don't worry okay'

'I prayed for you too. Everyday everytime'

'Hm, patutla boleh rasa doa-doa tu'

***

*Tengah bersiang udang sambil dengar lagu*

'................I love youu~~~~ (suara sumbang)', sambil melihatnya disebelah.

*Golek-golek kepala, enjoying the good music*

'I said I love youu~~~~'

'Baby, I loved you even before you were born'

'Awwwww...'



Terima kasih kerana menyejukkan relung hati.

'Terima kasih...'

'Anytime. Always'

:')


Tulus,
dari saya, untuk awak.

No comments: