Wednesday, August 30, 2017

Bingo

Disebabkan Jannah sukar mengeja namanya sendiri, maka saya ciptakan lagu untuknya,
namanya lagu Jannah.

"Haa nyanyi lagu Jannah"

-Lirik BINGO oleh Didi dan Kawan-Kawan-

"Nama saya Jannah,
Jannah, Jannah, Jannah
J A N N A H (ejaan ulang 3 kali) .....

Sedang saya menghayati lagu ini..tiba-tiba..

".....Nama saya BINGO"

HAIPP, mai mana BINGO ni? Kan nama awak Jannah?

Aduhai. HAHA.

Allah berikan saya peluang untuk mencorakkan kain putih yang lahirnya dari rahim wanita lain, sebelum saya corakkan kain putih saya (kita?) sendiri. Semoga setiap pengalaman ini menjadikan saya lebih dewasa dan solehah. Amin.

"Hm, nyanyi lain, nama awak Jannah ok, bukan Bingo"

Segulung ijazah itu tidak membawa sebarang makna jika saya tidak berusaha menjadi cikgu yang terbaik untuk awak, Jannah. Semoga cikgu boleh belajar banyak lagi benda dalam mendidik awak insyaAllah. :)

P/S : Sama-sama berjaya dalam bidang masing-masing ya? Saya doakan awak selalu. Sentiasa.

No comments: