Sunday, May 7, 2017

Ekolalia

'Ini mata. Mana mata awak?'

'Mata awak'

'Tak. (Berhenti sekejap). Mata Jannah, mana?'

*Tunjuk mata*

*Betul!*

'Mulut?'

*Tunjuk mulut*

'Pandai!'

'Rambut?'

*Tunjuk rambut*

'Pandai! Rambut cikgu hitam'

'Cikgu hitam'

HEY! SENSITIP TAU HITAM-HITAM NI. - dalam hati je.

*HAHAHA*

Semoga Jannah beroleh Jannatul Firdaus. Amin.

*Jannah ekolalia maka dia akan ikut sebarang percakapan orang lain. Kalau silap ikut, lain maksudnya. Mmmmmm*

Hari ini saya menyaksikan seorang ustaz mengajarkan anak muridnya cara membaca al-fatihah dengan menggunakan bahasa isyarat. Mereka membaca al-Quran dengan terjemahan sahaja. Solat mereka juga hanya melibatkan rukun qalbi(niat) dan fi'li(perbuatan). Tiada rukun qauli(lisan). Kalau tak perasan imam sedang melakukan rukun apa, kadang-kadang mereka yang mendahului imam (selalunya berlaku pada murid perempuan yang solat di belakang tabir).

Semoga, dan semoga,
bila-bila malas,
insaf sikit.

2 comments:

noorwitness said...

All the best, cikgu Syafa! :)

the babbler said...

aww..my loyal stalker..haha..thank you baby girlll :D saya doakan awak selaluuuu <3