Monday, March 27, 2017

"Belajar rajin-rajin"

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Ada seorang remaja berumur 16 tahun tinggal di asrama salah sebuah sekolah buta di selatan tanah air, tempat saya berpraktikum selama dua bulan. Selalu sahaja saya berbual dengannya semasa mengajar waktu prep sekolah rendah dan sekolah menengah yang bercampur di dewan makan sekolah.

Hafiz(bukan nama sebenar) sering nampak saya di sekolah itu, sama ada semasa mengikuti program asrama atau semasa waktu makan. Pada hari terakhir di sekolah itu, saya dan rakan-rakan mengagihkan cenderahati buat semua pelajar. Ada riak sedih di wajah Hafiz.

Hafiz : Cikgu dah nak balik ke?
Saya  : Haah, dah habis praktikum di sini..
Hafiz : Hm, bila lah lagi boleh jumpa dengan cikgu kan..cikgu belajar rajin-rajin ya..

Ewah? Dia pulak yang nasihatkan kita. Hahaha.

Saya  : Hey, cikgu la yang kena suruh awak belajar rajin-rajin! Awak tu nak SPM!
Hafiz : *Sengih-sengih kambing* Hehe, baik cikgu.

Haih comel je. Ya lah, cikgu sudah tamat ijazah, kamu pun sudah tamat SPM. Alhamdulillah, berkat doa dia kepada saya, dan berkat doa saya kepada dia. Sama-sama berjaya, dalam bidang masing-masing.

Semoga diberi kesejahteraan untuk hidupmu. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga berjaya dunia akhirat, walau di mana pun kamu berada.

Dan pastilah, kita tak akan berjumpa lagi. Semoga Allah merahmati setiap seorang insan yang pernah hadir dalam hidupku, walau hanya seketika, termasuk lah kamu.

P/S : Saya suka huruf H, kebanyakan watak akan diletak nama samaran bermula dengan huruf H. Haha. Banyak sebenarnya kisah anak murid tambah-tambah yang tinggal di asrama dengan saya. Satu persatu akan saya tulis, supaya saya tidak lupa, cantiknya pertemuan yang Allah susunkan, antara saya dengan mereka.

-dan awak. belajar rajin-rajin. :)

No comments: