Sunday, February 8, 2015

Aku Berfikir

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Untuk seketika, aku duduk terdiam. Kaku. Memikirkan masa depan mungkin. Dalam banyak erti kehidupan, pada makna hidup sebagai insan, aku sering tertanya-tanya, apakah yang menanti di hadapan? Apa yang akan berlaku? Di manakah aku dalam 10 tahun kelak?
.
.
.
Jawapan tiada. Semua jawapannya hanya Allah yang ada. Tetapi pada satu maksud hakikat yang aku dapat cerna, akulah yang perlu memulakannya. YA, AKU. Bukan orang lain.

Sejauh mana aku melangkah, semuanya Allah pimpin, ibu bapa dorong dan kawan-kawan sokong. Namun berbalik kepada persoalan-persoalan itu, akulah yang memutuskan lorong mana yang akan aku tempuh. Di situ, aku lihat sebuah jawapan yang sudah terbentang padaku - pada nilai ilmu, iman dan taqwa, itulah yang akan membawa aku ke mana-mana yang dilihat benar bersandarkan keredhaanNya.

.
.
.

Pernahkah terfikir pada benak anda, Kenapa Allah makbulkan doa orang yang baik dan Allah tidak makbulkan doa orang yang jahat?

- Kerana orang yang baik semestinya dia akan mendoakan dan meminta pada Allah perkara-perkara yang baik sahaja..
-Dan orang jahat, pastinya ada unsur muslihat di dalam doanya.

Tetapi..

Kenapa kadangkala Allah 'makbulkan' doa orang yang jahat dan tidak makbulkan doa orang baik?

Pernah dengar istilah 'istidraj'? Nauzubillah moga dijauhkan dari kita. Kadangkala Allah berikan semua kehendak orang jahat kerana hendak menyesatkan mereka lagi. Allahu.. Semoga kita tidak tergolong dari golongan itu.

Dan, orang yang baik pula bagaimana?

Sayangku, itulah ujian buat orang yang baik. Ingat pada kalam cintaNya?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Nampak? Dan sebenarnya..mungkin apa yang orang baik minta itu sebenarnya adalah tidak baik untuknya, dan Allah merancang sesuatu yang lebih baik!

Dulu, aku pernah sedih, kecewa dengan keputusan SPM ku. Rakan-rakan lain banyak A mereka. Aku? 3 A+ 2 A 1 A- 2 B 1 C+ 2 C- Hmm, macam-macam huruf aku kutip ye? Bersyukur lah Additional Mathematics aku C+ sebab aku tak pernah lulus pun sebelum ni. Dengan berbekal keputusan 6A sahaja, aku semacam buntu. Aku hanya dapat tawaran sambung belajar ke Matrikulasi (yang mana aku memberontak sakan tak mahu pergi sebab aku tak mahu menghadap Add Maths lagi). Tawaran UPU aku ditolak. Sedih bukan? Sangat sedih. Masa itu baru aku sedar wujudnya Institut Pendidikan Guru. Ya, aku tak kisah diberi pilihan sebarang pekerjaan kecuali Nurse, jadi aku isi borang kemasukan PISMP ke IPG. Syukurnya, jalanku dipermudahkan. Tambahan pula aku memohon kos Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Guru Pendidikan Khas yang diperlukan bagi bidang ini adalah sedikit (amat sedikit berbanding Masalah Pendengaran/Pemulihan/Pembelajaran) namun, aku Lulus!

Pada hati yang pernah lara itu, Allah berikan penawar yang tidak disangka-sangka, sangat sejuk dan menenangkan. Di samping itu, dengan adanya biasiswa di IPG, aku bersyukur kerana sekaligus aku dapat meringankan beban ibubapaku. Hikmahnya banyak bukan? Pada diriku, aku belajar satu perkara, kadangkala Allah tak bagi satu-satu benda yang kita minta sebab Dia tahu, kita tak rasi dengan benda itu..tidak sesuai..Jadi Dia berikan sesuatu yang lain yang lebih baik untuk kita. Syukurlah =)

Pada hujung sujud, panjatkanlah kesyukuran atas kehidupan ini. Lain orang lain ujiannya. Lain orang lain imannya. Tetapi kita sujud pada Tuhan yang sama. Mohonkan doa moga dipermudahkan urusan di akhirat, dan urusan sementara di dunia.

Semoga Bermanfaat.

Aku bersama En. Michael Teoh Su Lim
En. Wan Hazman, kedua-duanya Ahli Lembaga Pengarah YSS,
Alisha, Tinie dan Rahim di VOD, Uitm Shah Alam, 2014.
May Allah Bless.

No comments: