Monday, June 9, 2014

Aku Bercerita

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Sudah lama aku tidak menjengah ke kedai buku, dan dalam pada itu, hati pun merasa runsing, gelisah dan hiba... "Aku nak baca apaa!!!??" Begitulah rintih hatiku. < Pasrah.

Aku selalu anggap bahawa bacaan novel amat melemaskan dan menjatuhkan minda aku. Pernah dulu satu ketika, aku sungguh gila memberontak nak baca novel cinta picisan karya penulis Melayu. Ya. Pernah jadi satu fenomena di sekolah selepas tamtnya setiap peperiksaan akhir tahun. Aku pun terikut-ikut mahu baca. Boleh dikatakan novel cinta yang aku baca itu tak sampai pun lima buah.

Sehinggalah selepas SPM aku berjumpa dengan karya-karya Hlovate dan di situ aku mula jatuh cinta pada penulis Melayu - setelah hampir beberapa tahun aku tidak taksub pada satu-satu penulis. Kiranya, Hlovate memang berjayalah menambat hatiku dengan penulisannya yang santai ala-ala campuran Melayu-Inggeris. Aku tak kisah. Asalkan aku dapat baca dan maksudnya sampai.

Hampir 3 tahun berlalu.
Aku sunyi. Sepi. Beli buku namun hanya beberapa yang menarik minatku. Buku-buku Ustaz Pahrol, Ustaz Hasrizal dan beberapa penulis lagi sahaja yang menarik perhatian.

Dalam hati pernah terdetik, "Dengar kata Ramlee Awang Mursyid best?" . Hmmph..best tera mana tu. Aku cukup berat nak percaya penulis kesayangan orang lain. Buku bukan macam movie. Boleh minta recommendations orang lain.

Bertahun juga nak percaya. Sampai aku pergi kedai buku baru-baru ini. Tak larat nak hadam satu-satu tajuk novel cinta - tajuk macam dalam drama kat TV3 tu - makanya aku jumpa novel indie. Boleh tahan. Ala-ala tulisan Hlovate. Cuma Hlovate appropriate lagi. Buku Aku Bercerita- RAM on SALE. Rasa macam sayang duit. Di tangan aku sudah ada sebuah buku  yang hampir-setengah-jam-aku-pusing-kedai-untuk-cari-dia. Tapi aku teringin..buku RAM. Okay..fine.. tutup mata, letak balik buku setengah jam aku cari tu, ambil buku Aku Bercerita, bayar dan keluar. Hanya satu perkataan boleh gambarkan aku masa itu - lega. =)

Untuk first impression, aku memang tertawan dengan buku dia. Serius. Rasa macam.. I found a long lost home. Untuk seorang pembaca novel kembali meminati hobi lamanya. Berbeza. Tulisannya berbeza dari penulis biasa. I'm glad that finally I met someone like him. Ramlee Awang Mursyid. Bukan semua penulis berjaya buat kita berada dalam dunia dia. Dan dia, aku boleh cakap, dia berjaya.



Jom baca. =) Novel pertama untuk 2014 ='D

may Allah bless.

1 comment:

Azrin Nazri said...

salam syafa, yup. RAM memang best... penulisan sarat bahasa epik dan jalan cerita rare tp membawa ke arah ketuhanan... baca sequel laksamana sunan... syafa akan nampak satu perjalanan hidup yg akhirnya akan kita kembali kepada pencipta... halus dan epik :)