Tuesday, November 12, 2013

Pendekatan Hikmah

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Hikmah yang ada pada setiap orang itu berbeza. Pendekatan yang digunakan untuk mengajar seseorang berbuat baik (baca : makruf) dan mengelakkan kejahatan (baca: mungkar) juga berbeza. 

Namun, adakah benar pendekatan yang kita gunakan itu berhikmah? 

Mm, jom nilai diri kita di mana.

Ada yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif, tematik, eklektif. Apakah ini? 

Disebabkan saya baru sahaja habis paper Murid dan Alam Belajar minggu lepas, maka tajuk post kali ini ada berkaitan sedikit dengan hasil pembacaan saya dalam pendekatan pembelajaran yang BOLEH anda-anda di luar sana aplikasikan dalam pendekatan mengajak ke arah kebaikan.

Memandangkan saya menekankan tentang 'hikmah' pada kali ini, maka contoh-contoh yang saya berikan adalah contoh-contoh yang mudah yang sering saya amalkan.

Pendekatan-Pendekatan Hikmah

Pendekatan Deduktif (Makna : Membuat generalisasi sebelum memberi contoh-contoh.)

Dalam pendekatan ini, kita akan membuat 1 kenyataan (statement) tentang satu perkara sebelum kita memberikan contoh-cotoh yang munasabah kepada target(mad'u) kita. Sebagai contoh, adik saya bangun lambat dan saya sudah gerak dia untuk bangun subuh lebih dari 5 kali. Maka jika saya hanya marah-marah, tutup lampu kipas atau goyang-goyang badan, maka alamatnya menggajahlah subuhnya. Jadi, saya gunakan pendekatan deduktif. Langkah-langkahnya : 

1. Saya hampiri dia, dan bercakap tepi katil "Adik, bangun lah subuh. "Kita kena sembahyang subuh awal (generalisasi) "

2. Saya berikan contoh-contoh. Saya mendekati telinganya dan berbisik dua perkara, " Orang yang sembahyang lambat nanti kubur dia panas (contoh 1) , "Orang yang sembahyang lambat Allah tak sayang sangat (contoh 2) ,- err..contoh kedua tu saya reka sebab dah tak ada modal nak cakap masa tu, lagipun Allah memang sangat sayang dekat orang yang solat awal kan? ^_^ (walaupun saya selalu juga terbabas waktu T.T sobs).

3. Hasilnya, dia bingkas bangun dengan mata terbeliak ) 0.....0 Hehe. See? Berkesan betul. Bisa bisikan itu lebih terasa berbanding saya melenting. Tak perlu bebel-bebel ungkit tidur lambat atau membazir air liur. Bolehlah diamalkan oleh ibu-ibu yang anaknya macam malas2 je nak bangun subuh. Yang pasti jangan bagi peluang macam ni, "Bangun solat subuh, nanti sambung tidur balik". Hah, alamat ke laut la budak tu tidur sampai zohor nanti ==' 

Pendekatan Induktif (Makna : Memberi contoh-contoh sebelum memberi generalisasi.)

Untuk pendekata ini, kita akan bagi banyak contoh dekat target sebelum kita simpulakn satu perkara menjadi generalisasi. Saya banyak gunakan pendekatan ini waktu saya jadi volunteer di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah. Memandangkan mereka masih kanak-kanak, maka mereka lebih suka dengar benda-benda atau cerita-cerita yang menarik berbanding fakta-fakta.  Langkah-langkahnya :

1. Saya lihat, ada kanak-kanak yang pakai tudung, dan ada yang on-off dan ada yang free hair. Jadi kalau ada kesempatan, saya akan puji mereka. Memberi kata-kata pujian adalah waktu yang sesuai untuk 'suntik' nasihat. " Manisnya awak pakai tudung" (contoh 1) , "Pakai tudung nampak sopan, ayu gitu" (contoh 2) .

2. Apa perasaan kita bila dipuji? Seronok bukan? Maka selepas itu saya akan bergerak kepada generalisasi, "Kita kenala pakai tudung. Barulah Allah sayang. Allah jaga kita, maruah kita dengan tudung ini."(generalisasi) Alhamdulillah, mereka murid darjah 6, dan tak susah nak bagi faham.

3. Ada satu situasi, seorang kanak-kanak darjah 2 kata dia tak mahu pakai tudung sebab dia kecil(muda) lagi. Maka saya kata, "Pakai tudung dapat pahala, haa..nanti Allah sayang lebih.Hihi..kan kan?" Dan dia terdiam, berfikir mungkin dan buat muka comel. Amboi..melting betul tengok muka innocent mereka ini. ^_^ Jangan terus hentam orang tanpa asas dan menuduh berbuat dosa kerana tidak bertudung atau tidak solat hanya kerana kita tak nampak. Mereka mungkin mahu bersolat dan mahu bertudung tapi tak tahu caranya bagaimana. Dan jika andalah orang yang dihentam tiba-tiba kerana tak tahu, apa perasaan anda? Haa..sendiri mau tau la.

Pendekatan Eklektif (Makna : Gabungan pendekatan deduktif dan induktif)

Pendekatan ini hanya hasil gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Dalam satu keluarga, anda sebagai kakak/abang/ibu atau ayah, mestilah melihat tingkah laku adik/anak anda. Setiap adik/anak mungkin memerlukan pendekatan berbeza. Ingat, setiap orang adalah berbeza, (insyaAllah nanti saya ceritakan tentang perbezaan individu pula ^_^). Jangan paksa orang berfikir atau bertindak mengikut cara kita tapi sesuaikan cara kita dengan orang lain supaya masing-masing boleh masuk (get along together).


Pendekatan Tematik (Makna : Menggunakan 1 tema untuk memperkembang idea.)

Pendekatan ini sesuai digunakan ketika anda menggunakan teknik penceritaan. Semasa bercerita kisah-kisah teldan atau kisah-kisah Nabi, keluarkan hikmah-hikmah atau nilai murni yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Selepas itu, berikan contoh-contoh amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi setiap nilai murni.

Sebagai contoh, dalam kisah Nabi Yusuf, ada banyak nilai murni yang dapat dipelajari, contoh sabar walaupun dibuang oleh adik-beradiknya ke dalam perigi, penyayang kerana masih memaafkan saudara-saudaranya yang berbuat khianat padanya, jujur kerana ketika terperangkap dalam hasutan Zulaikha, Nabi Yusuf bersikap jujur dan bukti carikan baju dibahagian belakang juga menandakan Nabi Yusuf adalah seorang yang jujur.

Kemudian, berdasarkan tiga nilai murni ini, berikan situasi sebenar yang boleh diamalkan dalam kehidupan :

Sabar : Kita mesti sabar masa beratur di kantin supaya tidak menyusahkan makcik kantin dan pengawas.

Penyayang : Kita kena sayang adik-beradik sebab merekalah yang akan tolong kita bila kita susah senang nanti.

Jujur : Bila ibu bapa berikan tanggungjawab seperti memotong rumput, kita kenalah buat dan berlaku jujur. Jangan pula tak buat tapi kata dah buat, itu tak jujur namanya.

Mudah saja. Bolehlah dipraktikkan ya ^_^

Mari berhikmah. Kadang-kadang diam pun boleh menjadi satu hikmah terbesar. Namun, selagi kita boleh mengubah satu kemungkaran atau mengajak satu kebaikan dengan mulut dan tangan, kenapa tidak memanfaatkannya?

=) May Allah Bless.

No comments: