Thursday, August 29, 2013

Cara Merawat Kurap Kucing

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Berikutan ada persoalan yang masuk ke ruangan komentar, jadi saya ingin membalas komentar di bawah ini =)

Salam...seriously need help or some advice dari Syafa..My cats senang nk dpt jangkitan kurap baru-baru ni...so ada tak tips penjagaan or exact brand yang syafa gunakan untuk protect kucing-kucing tu..Main problemnya kawasan rumah xda vet yg berdekatan huhu...Thanks hope dpt bantu - Sya

Baiklah, kucing memang selalu terkena kurap. Sama ada dia dapat kurap itu daripada luar rumah (persekitaran) atau ketika ibu kucing menyusukan anak (kurap susu). Nota kaki - Anak kucing juga boleh berjangkit kurap susu itu daripada ibunya. Sebab itulah kena rawat kurap itu secepat yang mungkin.

Ada 3 perkara yang anda boleh buat untuk menghapuskan kurap yang tak comel di badan kucing comel anda.


  • Mandi dengan kerap. Gunakan sabun kucing yang anti-bakteria. Dapatkan di Pet Care. ada banyak jenama. Harga RM10-15 sahaja.
  • Bawa anak  kucing ke klinik haiwan untuk dapatkan beberapa suntikan :

Umur 7-9 minggu-Pemeriksaan umum-Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)-Pemberian ubat cacing'

Umur 12-14 minggu-Pemeriksaan umum-Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)


Umur 20 minggu-Pemeriksaan umum-Vaksinasi Rabies



Disebabkan ada vaksin, imuniti kucing lebih tinggi maka dia tak mudah dijangkiti kurap oleh kucing jalanan.

  • Gunakan semburan ajaib! Hehe. Gunakan spray untuk kurap kucing.

Tea Tree Soothing Spray. Harga RM24.80. Untuk merawat kurap anjing dan kucing, kulit yang gatal-gatal dan melicin dan melembutkan kulit kucing dan anjing.

Walaupun agak mahal tapi berbaloi. Saya beli spray ini 3 tahun lepas dan mempunyai berbelas ekor kucing (sekarang tinggal 5 sahaja ^^ ) dan spray ini masih ada dan masih berbaki setengah botol. Alhamdulillah kucing saya jarang kurap sebab kami (di rumah) melaksanakan ketiga-tiga langkah di atas. (Saya sangat suka 'menyental' kucing dengan sabun. Ehe.)

Spray ini rasanya sejuk jadi bila disembur kucing akan terkejut. Apa yang perlu anda buat ialah :
  • Pegang belakang leher kucing kuat-kuat dan sembur 2 kali pada kawasan bermasalah. 
  • Lakukan beberapa kali sehari. Dan berterusan sehingga 1-2 minggu.
InsyaAllah si comel anda akan kembali comel tanpa kurap di sisi ^^

Fotogenik. Macam tau-tau saja orang nak ambil gambar dia ==' Hee.

Moga Bermanfaat. May Allah Bless!



No comments: