Friday, August 16, 2013

Cara Membantu/Menderma Kepada Mangsa di Palestin/Syria/Mesir

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Manusia memang suka berbuat kerosakan. Allah ='(
Malaikat sudah katakan dalam surah Al-Baqarah.

"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"

Namun Allah lebih tahu dan Allah menjawab,

Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah 2:30

Allah lebih Tahu. Berbahagialah para pejuang Islam di Bumi Mesir, Syria, Palestin, Rohingya..
Kami mendoakan kalian.

Maafkan kami. Itu sahaja yang kami mampu ='(

Untuk kita, peringatan untuk kita, doa memang senjata kita, namun, ingatlah, doa tanpa usaha itu tawakal buta. BUTA! Mari kita dermakan untuk mereka. Sebulan sekali pun tidak mengapa, tapi tolong, salurkan sesuatu. Jangan di akhirat nanti, kita didakwa 'menghalalkan' darah saudara kita kerana diam bisu tidak berbuat apa-apa ketika mereka berperang bagai nak gila memperjuangkan agama.

Di sini saya senaraikan beberapa pertubuhan yang insyaAllah diyakini akan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Saya sendiri lebih suka menderma menggunakan akaun bank dan SMS melalui wang pra-bayar sebab mudah dan saya tak perlu keluarkan cash. Boleh bank-in atau terus klik dari Maybank2U. Sungguh sangat mudah. Cuma tinggal kita buat atau tidak sahaja.

https://www.facebook.com/syria.care?ref=profile


http://www.aqsasyarif.org.my/v3/



Bantulah mereka. Mereka saudara kita. Mereka berjuang untuk agama Islam, senjata mereka hanya 
Al-Quran dan Iman. Bantu mereka. Moga Allah bantu kita di saat kita memerlukan pula.

2 comments:

Anonymous said...

maaf saya kurang mengerti. bagaimana caranya menderma? dan apakah semuanya terpercaya? trimakasih

Syafawani Jamil said...

anonymous : 3 pertubuhan yang saya cadangkan di atas adalah contoh beberapa agensi yang saya percaya kerana mereka adalah agensi yang berdaftar.

rujuk sini :
http://www.persidam.org/index.php?option=com_content&view=article&id=61&Itemid=104

Syria Care merupakan cawangan daripada PERSIDAM

Boleh telefon nombor ustaz yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

untuk Aqsa Syarif, boleh rujuk sini,
http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/profil-korporat/pengenalan-sejarah

Ada banyak lagi agensi yang membantu masyarakat mesir, syria, rohingya, palestin. Cuma anda perlu berhati-hati dalam memilih agensi supaya tidak tertipu.

Untuk mengelakkan sebarang penipuan, sila pastikan anda selidik maklumat atau profil agensi berkenaan sebelum anda menyalurkan wang.

Dermalah seikhlas mungkin, semoga Allah terima amal kita :)