Sunday, July 21, 2013

Perjalanan Seorang Mualaf

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Kak Sarah

Allah pertemukan saya dengannya 2 tahun lalu, dalam bangunan asrama yang sama. Periang, gembira, dialah orangnya. Saya juga maklum, Kak Meimei ( panggilan lama ) seorang yang suka mendekati agama Islam. Siapa yang tak sukakan agama fitrah yang cantik dan bersih ini, kan?

Hadirnya mengetuk diri saya. Memberi persoalan pada diri, bersediakah aku? Cukupkan ilmu aku untuk memberi penerangan terbaik?

Nah, Allah hadirkan dia untuk memberi peringatan pada diri, jangan selesa di takuk yang sama. Ubahlah diri, menjadi  semakin baik, dan lebih lagi. 

10 hari baru sahaja berlalu

Jumaat lalu, Kak Sarah ( panggilan baharu ) memeluk agama Islam di hadapan puluhan saksi (rakan-rakan kelasnya dan pegawai JAKIM) di bilik mesyuarat Pejabat JAKIM di Masjid Negara. Sehari sebelumnya, Kak Sarah sudah memakai tudung. Dua hari sebelumnya, Kak Sarah sudah berlatih berpuasa penuh seharian, (siap tolong sediakan makanan berbuka untuk orang puasa di surau), dan seminggu 5 hari sebelumnya Kak Sarah dah bersiap sedia dengan permintaan untuk belajar solat dan mengaji.

Subhanallah. La ilaha ila anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Saya jadi sangat seronok dengan hadirnya Kak Sarah. Dan ada ketika, saya jadi sangat-sangat sedih. Sedang Kak Sarah bersusah payah mencari arah tuju, ilmu, dengan rujukan pelbagai orang, namun, Muslim sendiri tidak begitu endah terhadap agama sendiri. Kelas disediakan, ceramah percuma, itu pun jarang nak nampak bayang orang. Sampaikan, waktu hari Selasa 2 minggu lepas masa saya dan Kak Sarah ke surau, Kak Sarah kata, "Kenapa kurang orang eh dekat surau? Benda free pun orang taknak datang.." . "Biasa la tu kak..orang jarang hargai apa yang ada depan mata.." *keluhan berat*

Waktu pertama kali bersua selepas permintaan Kak Sarah untuk saya ajar solat, saya tak terus mengajar ibadah, kerana saya tahu, perkara asas ialah akidah (kepercayaan) terlebih dahulu. Maka, langkah pertama ialah penceritaan tentang agama indah ini. Saya juga menjawab persoalan-persoalan yang lahir dari benak Kak Sarah. Bukan mudah mahu menerangkan satu per satu. 

Untuk mengelakkan kekeliruan dalam perkara yang kompleks, saya diingatkan oleh seorang sahabat, "Jika tak tahu, katakan tidak tahu. Itu lebih mulia". Terima kasih =') Benar katanya. Jadi, selepas merujuk ustazah, barulah saya menjawab persoalan-persoalan dia yang saya juga keliru atau tak tahu.

Hari Sabtu (13 Julai 2013/ 4 Ramadhan 1434)

Kata-kata Kak Sarah menyentuh hati saya. Sebak. 
"Alhamdulillah. Seronok hari ini. Sebab hari ni hari pertama puasa yang Allah terima dan dapat pahala. Saya doa, mak dan ayah saya dapat masuk Islam juga."

Saya hanya mampu tersenyum dan membisikkan kata-kata semangat. InsyaAllah, semoga hati ibu bapanya terbuka untuk menerima agama Islam. Amin.

Buku

Jadi, untuk memudahkan proses pembelajaran, saya perlu rujukan yang sangat banyak. Pertama,sudah tentu rujukan daripada ustaz dan ustazah. Kedua, buku. Saya bersyukur saya merupakan seorang penggemar buku dan sangat suka beli buku walaupun kadang-kadang saya tak guna buku itu. Nah, buku berguna cuma pada masa yang tertentu sahaja. 

Saya beli buku Muqaddam, Iqra', Cerita Haiwan daripada Al-Quran (cerita untuk kanak-kanak) dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak Tengku Budriah. Namun, buku-buku ini juga berguna untuk Kak Sarah. Untuk permulaan, saya gunakan buku cerita untuk ceritakan kisah-kisah dalam Islam. Muqaddam dan Iqra' sebagai permulaan untuk belajar Al-Quran. (Kak Sarah juga belajar Iqra' dengan ustaz menggunakan software Iqra'! ^_^ ). Tak lupa, saya juga merujuk kepada buku panduan solat, buku Hadiah buat Muslimah (Fiqah Wanita) dan beberapa buku lain untuk menjelaskan kepadanya tentang ibadah (fiqah wanita). Bagi rukun Iman dan Islam, saya terangkan dengan beberapa rujukan laman web bahasa Inggeris yang cukup seronok untuk diteroka seperti :


Dan banyak lagi. Banyak penerangan yang menarik saya peroleh daripada pembacaan di laman sesawang ini.

Kalau boleh, saya hendak cari buku rujukan Islam dalam bahasa Cina. Namun, hingga kini saya tak pernah jumpa. Moga-moga saya dapat cari buku itu untuk rujukan beliau. Buku yang menarik perhatian saya ialah buku 2 kalimah Syahadah karya Ikhwan Ng. Subhanallah. Hebat. Penulis yang matang. Buku yang padat dengan info yang sangat berguna bagi kegunaan mualaf sebagai permulaan. 

Alhamdulillah, perkembangan Kak Sarah amat memberansangkan. Betul, orang-orang yang mahu belajar, orang-orang yang mahu dekati Allah, Allah mudahkan jalan-jalan untuk mereka belajar. Mohon doakan Kak Sarah supaya beliau menjadi insan mukminah yang tabah solehah dunia akhirat, sampai ke syurga. Amin!

1 comment:

Ikhwan Ng said...

Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca buku saya... Syukur alhamdulillah.

Sebenarnya saya juga mempunyai buku islam cina yang didapati dari luar negara Malaysia, sekirannya anda berminat, boleh sms/call saya di talian 012-3979998, email : lifemualaf@gmail.com