Thursday, July 11, 2013

Penyaksian terhadap Kebenaran (Syahadatul Haq)

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Apa perasaan awak bila ada orang dengan rendah hati kata begini,

"Awak boleh ajar saya solat dan mengaji?"

Apa perasaan awak bila ada orang dengan gembira dan ikhlasnya kata begini,

"Walaupun dah lama dengan agama sendiri, tapi lebih tertarik dengan agama orang lain(Islam)"

Apa perasaan awak bila kita sentiasa bagi semangat , doa dan ajar serba-serbi tentang agama dan dia kata begini,

"Saya yakin, insyaAllah, boleh, sebab ada awak.....!" (dengan nada yang sangat gembira)

Apa perasaan awak bila ada orang yang sangat banyak faham tentang agama Islam dan sentiasa dahagakan pencerahan dan sangat seronok bila awak cerita tentang dirinya, tentang Allah, tentang agama awak(Islam)?

Apa perasaan awak bila ada orang cerita tentang perbandingan agama dan dia hanya nampak kebenaran dalam agama Allah(Islam)?

Apa perasaan awak bila, ustazah yang awak thiqah yang awak cari untuk rujukan, datang cari awak dan bagitahu, "InsyaAllah, dia akan lafazkan kalimah tauhid Jumaat ini". *menangis dari pagi sampai petang kerana terlalu gembira*

Dan apa perasaan awak...bila ada orang hantar mesej dekat awak begini..

"Doakan saya dalam solat awak supaya saya dapat mengucap 2 kalimah syahadah esok pagi di JAKIM Masjid Negara"

Dan saya melalui semuanya. Semuanya berlaku dalam masa tak sampai seminggu. Ya, sangat singkat waktunya namun allah mudahkan. Alhamdulillah, dan saya berkata pada Allah, Tuhan Semesta Alam, nikmat apa lagi yang saya mahukan, selain taufiq dan hidayahNya kepada saya dan hamba-hambaNya yang memohon petunjuk dan beriman.

Saya bukanlah yang terbaik, tapi saya bersyukur, diberikan nikmat ini, untuk bertemu, ajar dan belajar bersama untuk mendekatiNya. Dia bukan saudara baru. Dia adalah saudara saya, saudara kita, yang insyaAllah , akan kembali ke jalan yang Allah redhai ini, pada esok pagi. Mohon doakan. =')

Maka dia akan melafazkan kalimah penyaksian terhadap kebenaran esok. Bekalkan senjata ampuh untuknya. Allahu robbi. =')


3 comments:

Muhammad Iqbal said...

Subhanallah.

Enti terpilih untuk hadapi semua ini. Tahniah. =)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

Ini seperti doa yang selalu kita baca," waj a'lna lil muttaqina imama" :) Alhamdulillah..

Syafawani Jamil said...

Iqbal : Saya hanya part yang kecil dalam proses ini. Yang penting, moga Allah redha. :)

Maryam : Semua orang adalah pemimpin kan :) moga kita dalam kalangan tersebut.