Friday, July 26, 2013

Oh-sem People dan Saya

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Hujung Minggu Pertama Selepas buka Semester Baru.

Minggu Pertama Semester baharu berlalu dengan semangat baru dibawa. Azam baru. Belajar kerana Allah, belajar sampai ke liang lahad. Buat bekalan sampai akhirat. 

Hujung minggu , program bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar diadakan di Hotel Pantai Puteri, Melaka. Walau bukan ahli jawatankuasa tertinggi, namun, tanggungjawab itu tetap tergalas di bahu. Sama-sama susah senang memikul beban untuk kepentingan warga IPIK. Alhamdulillah, program 3 hari 2 malam berjalan lancar walau dalam jerebu yang sangat teruk di sana. Urusan dimudahkan Allah, syukur. =)

Hujung Minggu Kedua

Hari Sabtu - Daurah di rumah senior. Ini Sejarah Kita. Subhanallah. Hebat. Belajar tentang asal-usul sendiri. Sejarah zaman pemerintahan Rasulullah, Sistem Khalifah dan kisah-kisah anbiya'. Bukan tak tahu, tapi kadang-kadang terlupa. Bila diingatkan, rasa bersyukur, Allah hadirkan insan-insan yang punya intelektual tinggi dan kefahaman yang mantap untuk menerangkan kisah-kisah terdahulu yang ibrahnya terlalu banyak. 

Hari Ahad - Sukaneka. Di sebalik kesibukan menghafal teks syarahan, saya keluar dari 'kepompong' bilik untuk merehatkan minda. Tak sangka, ada hikmah di sebalik penyertaan. Rezeki hamper 2 buah dikongsi bersama 3 partner-in-crime dan bahagia dikongsi juga dengan rakan-rakan. Share the joy ey?

Pada sebelah malam, Ustazah Fatimah Syarha dan Kak Diana Amir hadir sebagai panelis forum remaja di IPIK. Saya yang bercita-cita mahu duduk di barisan hadapan, terbatal niat bila ada orang offer untuk saya jagakan booth buku-buku Ustazah Fatimah Syarha. Saya suka menjual dan promote barang! Jadi, niat dalam hati, "Aku menjual ikhlas untuk Kak Ha (panggilan pendek), moga-moga aku dapat jumpa Kak Ha sebelum balik nanti". Maka, menjadilah saya peniaga yang gila kuasa ketika itu. Semua buku Kak Ha saya prmote dengan bersemangat sekali! Tambah-tambah kalau buku itu, saya dah baca, maka, saya menghasut (eh? hehe) orang lain supaya beli karya Kak Ha. Sungguh, buku Kak Ha semuanya menyeronokkan! ^_^

Habis sesi forum, semua orang berasak untuk mengambil gambar dengan panelis. T.T saya tak berpeluang untuk mengambil gambar. Jadi, saya mendekati Kak Ha, bersalam, dan terus cakap ,

 "Ustazah, saya buat ni untuk ustazah" sambil menghulurkan keychain yang tak seberapa yang saya buat sebelum ke forum itu. Yang lebih terujanya, ustazah sangat sangat hargai...
Keychain Stetoskop yang tak berapa menjadi =='

"Subhanallah! Terima Kasih..." sambil menggenggam tangan saya. Melting...baiknya ustazah =') Hee. Disebabkan terkilan cubaan pertama mahu bergambar dengan ustazah tak tercapai, maka saya pun hanya mengambil gambar dengan booth karya ustazah.

Penjual gila kuasa ..kekeke
Berkat kesabaran tunggu ustazah, dan bagi hasil keuntungan (yang mana ustazah nak bagi komisen tapi saya tak nak dan lari jauh-jauh), saya berpeluang ambil gambar kenangan dengan ustazah.(happy!)

Hujung Minggu Ketiga

Khamis - Bertolak ke IPG Islam Bangi untuk Pertandingan Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan (antara IPG). Dengan Kak Mun (hafazan), Kak Salwa (tilawah), Kak Basirah (simpanan) ^_^ saya? Syarahan ==' Entah macamana, saya yang tak pernah menyertai sebarang public speaking, kena berlatih 2 minggu berturut-turut untuk pertandingan dengan coach Ustaz Zaradi. Penat T.T tapi best! 4 hari 3 malam berkampung di IPIS. Alhamdulillah. Seronok. Tambah pula duduk sebilik dengan kakak-kakak yang best ni ='D Walaupun saya tak ada tempat dalam senarai, tetapi penyertaan ini saja sudah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman ini. Alhamdulillah. Dan, jumpa Hasnoor! Allah.. tengah-tengah pening tiba-tiba hilang pening dan menangis seronok jumpa kawan..hee..

Ahad - Dan.. setibanya di bilik , saya menerima mesej peribadi dari Kak Sarah. Yang mana, lebih-lebih lagi saya bersyukur, kerana Allah pertemukan saya dengannya.

Hujung minggu Keempat

Pada hari Jumaat demikian, secara rasminya Kak Sarah memeluk Islam dan menjadi ahli keluarga baru usrah saya. (lihat post sebelum ini =D ) Beliau adalah kakak yang sangat kuat dan tabah, yang mana, saya sangat kagum dengan semangatnya.

Minggu Kelima

Isnin - Berbuka puasa dengan kakak-kakak senior yang sangat baik hati membawa saya ke pertubuhan IKRAM. Dan, iftar percuma! (freeeee) Alhamdulillah.. ='D Sepanjang berpuasa, itu adalah pertama kali saya makan makanan yang masakan ala-ala kampung. Betul-betul rindu masakan ibu! T.T Dan..saya jumpa Dr.Harlina! Dr.Har! ='D Ya Allah...terujanya Allah saja yang tahu.

Isnin-Rabu - Saya kembali menjadi penjual gila kuasa sebab saya menolong senior jual handsock dan stokin, dengan jumlah hasil RM120 dalam masa 3 hari. Pencapaian yang agak hebat. (Ehe.) Sebab saya aktif mencari pelanggan dan mengutip hutang. Dan saya juga menjual brooches dan key-chain hasil kraftangan ^_^


Alhamdulillah, hobi yang memanfaatkan saya. Walau tidak untung mana pun, tetapi saya gembira dapat buat dan jual benda bermanfaat. Brooch RM1.00 dan Keychain RM2.00. Berminat? Hihi
(gambar lain akan menyusul kemudian, insyaallah)

Khamis - Berjumpa dengan Kak Ain Elaine Teoh. Kakak yang comel dan sangat lembut ='D Beliau baru sahaja revert kepada Islam bulan lepas.Allah =') Allah beri kekuatan istimewa untuknya dan Kak Sarah. Insyaallah, Kak Ain dan Kak Sarah, everything will be fine! Yakin! =) Saya seronok kenal dengan mereka. Sangat. Dan saya harap saya dapat membantu, walau tak banyak tetapi saya mahu berjalan bersama-sama mereka ke syurga, jadi, doakan! =)

Semuanya ada hikmahnya. Allah hadirkan mereka untuk saya. Allah beri saya peluang untuk bersama orang-orang hebat. Subhanallah. Syukur melangit. Setiap masa. Dan, saya selalu ingatkan diri, 'Everything is a bless. Make full use of it.' =)

May Allah Bless.

No comments: