Thursday, November 8, 2012

Sedar : Dakwah

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Dakwah. Sampaikan kebenaran dan ajak manusia untuk taat kepada Allah . Itu asas kepada dakwah. 
Tapi, bila sebut dakwah saja, semua orang mula cari ustaz ustazah sahaja. Perlu sedar, semua Muslim itu pendakwah. Berdakwah itu, semua tahu, wajib atas semua muslim untuk berdakwah. Jadi, kenapa perlu tuding jari kepada para ustaz ustazah sahaja? Persoalan yang menarik..

Tidak layak/ Tidak cukup Ilmu.

Itu alasan yang paling jahil dan evil. Alasan inilah yang selalu memundurkan diri kita. Sedangkan, Rasullulah seudah bersabda seribu tahun yang lalu :


Hadis Kedua Puluh

20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Sebab itu, wajib tuntut ilmu. Supaya selepas berilmu, kita boleh sampaikan ilmu tentang Islam, kebenaran Islam kepada orang lain. Belum terlambat untuk bertatih. Kalau baby lambat berjalan, kita tak pernah penat hendak ajar dia berjalan, dan berlari. Jadi, jika kita tak tahu first step untuk berdakwah, bertatih lah dahulu, supaya selepas itu kita boleh berjalan dan terus maju untuk berdakwah. Susah untuk kali pertama, semestinya. Sedangkan Nabi kekasih Allah juga menghadapi masalah besar, apatah lagi kita. Tidak tahu tentang punca pertama untuk dirujuk? Ya..sebab itu Allah bagi 1 mulut untuk bertanya, kemudian pandang dengan 2 mata dan dengar dengan 2 telinga. Kunci pertama, bertanya. 
Allah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran :

A043
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Nahl 16:43)


Bertanya. Tanya kepada yang tahu. Pergi kepada orang yang kita thiqah/percaya kepada dia, tanya dia. InsyaAllah, lama-lama bertatih, nanti kita pun boleh.

Halangan

Sedar tak sedar, seringkali pula kita melakukan benda-benda yang membantutkan perjalanan dakwah kita. Perbuatan kita, percakapan kita, pembawakan diri kita..itu antara faktor-faktor utama sebenarnya dalam dakwah. Jaga 3 perkara ini. Jaga solat, jaga mulut, jaga amalan, jaga diri, jaga semua benda. Hati mana tak berkenan melihat perwatakan yang ramah mesra, tetapi juga bertoleransi, berjenaka sekali sekala, hujahnya matang dan yang paling penting, solatnya terpelihara.

Jangan tidak tahu, Muslim sentiasa diperhatikan. Sentiasa. Non-muslim, mereka beragama. Mereka anut agama mereka. Yang lebih advance dalam kalangan mereka, mereka mengkaji agama mereka dan MEMBANDINGKAN agama-agama yang ada. Dan, semestinya mereka akan melihat kepada penganut agama tersebut. Satu situasi yang agak menyedihkan, tetapi sebagai pengajaran, saya kongsikan di sini buat peringatan kita bersama.

Seorang penganut agama Buddha, Xiu (bukan nama sebenar dan seorang penganut agama Kristian , Teng , mengambil alih tugas  mencuci ayam untuk barbeku sementara pelajar Muslim bersolat. Tiba-tiba mereka ternampak seorang Muslim yang termenung berhadapan sungai.

Xiu : Eh, Teng, dia tu tak solat ke?
Teng : Entah lah, saya pun hendak tanya dia tadi tapi saya tak berani..

Xiu yang cerita kisah ini kepada saya. Terpempan. Dia tanya, "Kamu orang kalau tak solat itu tak baik eh?". Dan saya terangkan tentang solat kepadanya. Hukum solat itu. Dosa meninggalkannya. Mereka faham. Kerana mereka juga percaya kepada dosa pahala, syurga neraka. Mereka memerhatikan. Setiap butiran. Mereka tahu yang Muslim wajib solat, tetapi..Muslim sendiri tidak melakukannya. Mereka juga tanya (bukan kepada saya), "Bukan kena solat 5 kali ke? Kenapa solat 3 kali je?" . =) Dan, penerangan tentang solat jamak juga diberikan. Tentang kelonggaran yang diberikan kepada para musafir untuk jamak dan qasar solat. Mereka perhati dengan mata dan analisis dengan akal. Jadi, kita sebagai Muslim yang mengamalkannya kena tahu apa yang kita amalkan supaya kita boleh terangkan.

Dalam kelas saya, macam-macam mereka tanya, kami Muslim, hanya 4 orang. Kami menjawab sebaik mungkin, insyAllah.

Nian : Amar, kenapa awak simpan janggut?
Amar : Janggut ni? Haa..ini la sunnah. Dalam Islam, setiap perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, jika kami ikut, itu dikira sunnah. Dapat pahala. (Panjang ayat dia sebenarnya, saya ringkaskan).
Nian : Ooo..
Tiga kepala mengangguk. 
Amar tidak dapat melihat dengan matanya, tetapi dia punya mata hati yang tajam, akal yang bernas. Sedangkan dia punya cara tersendiri untuk menyampaikan, kita yang mampu melihat ini bagaimana?

Tentang isu tudung juga pernah dibangkitkan. Kenapa orang lain pakai tudung berbeza-beza? Kenapa ada yang free hair? Mereka tahu, ada macam-macam fesyen tudung. Mereka tahu, Muslim wajib pakai tudung sebenarnya. Kami pun menerangkan serba sedikit tentang tudung sepatutnya menutup dada,rambut, leher dan tidak jarang serta ketat. Tentang pergaulan antara lelaki perempuan, tentang percintaan, perkahwinan, puasa, zakat dan banyak. Banyak sangat yang mereka hendak tahu. Sebab itu kita tak boleh jemu untuk memberitahu. Itu memang tugas kita. Kalau bukan kita yang bagitahu, sampaikan perkara yang baik, contoh yang baik, siapa lagi nak bagitahu? Kami mencuba, memberi penerangan untuk mereka. Kami bukan yang terbaik tetapi paling kurang kami mencuba. Selainnya, tawakal kepada Allah sebab hati mereka, Allah yang pegang. 

Sejak saya berada bersama mereka lah, saya lebih terbuka untuk tahu tentang pendekatan yang sesuai untuk mereka untuk memperkenalkan agama yang indah ini kepada mereka. Sungguh, dakwah itu bukan susah. Tak susah kalau kita betul-betul cuba untuk faham agama kita. Kalau kita makan makanan yang sedap, mesti lah kita hendak share dengan orang yang kita sayang kan? Mereka kan kawan-kawan kita, berasal daripada Nabi adam juga, kenapa tak mahu berkongsi agama kita dengan mereka. 

Kita ada banyak bukti dalam Al-Quran tentang ciptaan Allah yang indah. Sebutkan saja kepada mereka.Keluarkan ayat tersebut. Inilah masanya untuk menarik minat mereka kepada Al-Quran. Kalau bukan anda, siapa lagi?

Jangan dilupa, mereka mempunyai hak ke atas kita. Di akhirat sana nanti, mereka akan mendakwa kita jika kita tidak pernah cuba mengajak mereka memeluk Islam atau memberi pengetahuan tentang Islam kepada mereka.. "Ya Allah, mereka ini Muslim , mereka ini sahabat aku, tetapi mereka tidak pernah beritahu aku tentang agamaMu!" . Masa itu, terkelu lah kita. Free saja kena 'potong' pahala kita. Sedarlah sekarang. Belum terlambat untuk bertatih. Dakwah, it is not about, "We are better than you" but it is about "Let me show something better for you". Hidup ini tak lama, bermanfaat lah kepada orang lain, moga Allah redha atas usaha kita itu.

Buka mata, buka minda. =) May Allah Bless.

No comments: