Sunday, October 21, 2012

Sample

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Dalam teksi. 4 tayar meluncur ke arah TESCO. 3 sahabat mula berbicara, membuka isu semasa. Berita pelajar. Macam biasa, masalah sosial..er..gosip? Entah lah.

"Isk, saya risau lah dengan dia orang ni..tahulah dah berpunya couple, tapi jangan la obvious sangat", keluh seorang sahabat.

"Tahu tak apa..", dua kepala mengangguk.

"Tak kisah lah dah declare ke, tunang ke, risik ke, pakai cincin tanda ke, kalau takde sijil tu tetap tak boleh ke hulu ke hilir..bahaya tau.."

"Kita tak boleh duga nafsu ni. Syaitan bila-bila aje seronok nak 'pangkah' anak-anak Adam ni."

"Kita tahu..diorang tu pun tahu..tapi, mungkin kurang kekuatan untuk hadapi mungkin"

"Diorang boleh cakap, yang kita tak duduk di tempat diorang.. kita tak ada 'spouse' (erk ==' ) , kita tak rasa apa yang diorang rasa, kita tak diuji dengan apa yang diorang kena..tapi, beringat la sama..jangan beria sangat.. takut nanti malu..sebab selalu tunjuk sangat dekat orang..ataupun sebab takut tak jadi..nauzubillah"

"Saya takut juga. Takut diuji dengan apa yang saya cakap. Berdoa sangat2 Allah jauhkan kita dari diuji macam diorang."

"Ada juga yang 'simpan rasa' , tapi untuk cemerlangkan diri. Masing-masing dapat top scores. Tak tunjuk dekat orang. Belajar sendiri-sendiri. Bersaing. Sebab masing-masing fikir future, bukan asyik fikir present je. Kalau betul serius, buat la cara serius. Kan?"

***

"Seorang dah 'selamat' dah. Cukup-cukup lah.. takkan la tak dapat pengajaran lagi..saya tak nak nanti jumpa kepala baby kena trash dalam tong sampah hostel. Huh. "

"Kenapa la diorang ni tak nak kahwin..*sigh* kalau betul parents dah kenal, dah 'restu', minta jelah nak kahwin..kahwin khitbah pun tak pe. Majlis buat kecil dulu, after grad, buat majlis besar. Tak boleh ke camtu?"

"Em..entah lah,awak.. rasanya kita kena mulakan dulu kut.." ek??

Tiga-tiga blur. Senyap. "Haaaaaa???"

"Maksud awak, kita kahwin dulu? hahahahaha.. agak-agak la wei.."

"Haa..kan senang..nanti mudah la diorang nak buat sample lepas tengok kita kahwin dulu." ujarnya selamba.

"Muda lagi arr!!! Tahun depan baru 20! " . Suara ketiga menyampuk, "Aku 21 okay". Hihi.

" Em..macam bagus idea tu. ;) Tapi tunggu la ada calon dulu. Tak gitu? " . Senyum nakal berbunga.

"Kalau camtu, saya kena PJJ la ni...."

"Apa tu?"

"Perkahwinan jarak jauh. " . Hihi. Ketawa kami berderai lagi.

"Amboi, amboi cik mek ni..ada calon nampak."

"Joke, joke. I haven't much time to find any one yet." 

***

Bila badai couple mula menyerang kawan baik sendiri, aku rasa macam lemah sangat bila apa yang aku buat selama ini macam tak ada kesan pun. Dah macam-macam approach dah aku bagi. Talk kat depan dah bagi, slow talk personal aku dah bagi. Petunjuk dan hint yang berlambak-lambak dalam buku pun aku dah bagi. Aku nak bagi apa lagi? 

"Tiba-tiba saya rasa macam nak kahwin awal."

"Saya pun." Aku tak terkejut mendengar jawapan ini.

"Macam-macam benda jadi sekarang ni."

"Tapi, parents saya halang sikit la kut."

"Parents saya mesti halang banyak. Hehe"

"Em.. maybe, bila slow talk and cerita tentang keadaan, parents akan bagi kan.."

"I think so. "

Kahwin untuk jadi contoh kepada yang lain, to prove that kahwin muda won't harm you and your study. Kalau tak kahwin lagi, kalian couple, still kena tunggu lagi 4-5 tahun sampai habis study.
Kalau dah kahwin, still kena tunggu lagi 4-5 tahun juga sebab dalam kontrak, tak boleh mengandung . Kalau mengandung kena gantung 1 semester.
Sama je kan. Better kahwin dulu. At least, kalau mengandung pun, itu halal. Kena tangguh 1 semester je. Daripada terlanjur, and kena tanggung malu sampai bila-bila. Nauzubillah.

Rezeki Allah itu ada. Kalau nak tunggu duit berkepuk-kepuk baru nak kahwin, memang susahlah..bukan duit penentu dapat macam-macam, tapi rezeki. Duit, mak ayah boleh bagi. Tapi, rezeki, Allah yang bagi.

Aku respect senior yang kahwin muda. Serius. Sebab mereka fikir, itu adalah jalan terbaik. 
Tak ada masalah kan. Sweet aje aku tengok diorang. Eheh. They're a good sample. Example actually. Kenapa tak nak ikut?
Kahwin muda will prevent orang lain from kerah otak untuk cari cara cegah maksiat. 
Punya la kreatif cara nak approach. We are not busybody. 
Nak kawan, kawanlah. Kalau tercouple, jagalah batasan, jangan sampai tinggal solat, jangan  sampai berzina. Itu yang paling minimum. 

Kami nak kalian jaga diri. Itu saja. 
Jangan sampai nanti dah detect '2 bulan', kalian menyesal. It happened. Sebab itu aku tak nak benda ini jadi lagi. 
Kalau aku tak kisah, aku biar je kalian kena buang. Tapi , aku tak kejam lagi. Tunggu la kuku besi aku keluar dulu. *pejam mata geleng kepala*

Serius, bila orang suruh aku tegur orang yang couple ni, aku kena kerah idea dulu. Selalunya kreatif la jugak kan..dan aku berdoa lepas aku usaha tu, moga korang tak buat maksiat, jaga batas, bahagia dengan pilihan yang korang rasa betul2 korang nak hold tangan dia ke jannah bukan drag ke neraka jahannam.

Aku tak suruh korang clash. Tapi, bersihkan nama korang daripada mata-mata scanner yang curiga dengan korang. Change jadi baik. Slow pun tak apalah daripada duduk statik ja. At least tunjuk effort tu untuk bersihkan nama. Action speaks louder than words. Tak gitu nyah..? :) 

P/S : Kahwin muda. Deep down, this is the last choice for me. For me . Sebab aku nak travel jauh-jauh dulu, baru kahwin. Haha =p

PP/S : Aku sarankan, sapa-sapa yang nak sangat kahwin, tapi tak mampu dan tak boleh, puasa sunat la. Biar "berpuasa" sekarang, nanti dah mampu kerana limpahan rezeki Allah, kita "berbukalah" masa itu. Masa itu, mulut syaitan pun terkunci rapat dan menangis hibalah dia melihat masjid mulia yang anak-anak Adam bina kerana mengharapkan redha Allah SWT . Kan itu reason kita hidup.. LIVING LILLAHI TAALA!



No comments: