Saturday, September 22, 2012

Cikgu Pemulihan

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Puan Fadhilah suka bercerita dan kami 8 orang suka korek rahsia dan pengalaman beliau bergelar guru, pegawai di jabatan pelajaran dan pensyarah. Kelas Bahasa Melayu. Berjalan seperti biasa. Selalunya aku mengantuk dalam kelas ini tetapi sejak assignment dah habis , aku menjadi hiperaktif dalam kelas-kelas yang aku suka. 

Disebabkan Puan Fadhilah boleh berbahasa Cina, aku dengan riangnya bercakap Mandarin dengan beliau , yang aku pelajari daripada Nian Sie , walaupun kedengaran agak kaku dan macam robot gayaku.

Wo de ming zhi jiao Syafawani.
Nama saya Syafawani

Wo jing nian shi jiu sui.
Umur saya 19 tahun.

Wo lai zhi Bing Cheng , Ta shan Jiao.
Saya tinggal di ***t ***m, Pulau Pinang.

Kemudian, aku dan Farah menawarkan diri menyampaikan persembahan multimedia. Mungkin, watakku yang hiperbola (over) memberi salam dan ucapan, membuatkan Puan Fadhilah terdetik untuk mengatakan sesuatu..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera!" Nada Upin Ipin.Senyum Colgate.

"Haa..memang sesuailah jadi cikgu pemulihan.." seraya Puan Fadhilah berkata sambil tersenyum manis.

Alamak..aku dah boleh agak apa akan berlaku selepas ini. Bergemalah dekahan ketawa lagi 7 makhluk Allah dalam kelas itu. Aduh, malu malu.. aku pun gelak dekat diri sendiri.. memandangkan sifat aku memang begini.. tetapi... Puan Fadhilah kembali berkata ..

"Eh, bukan senang tau hendak jadi cikgu pemulihan. Untuk kamu, sesuailah dengan perwatakan kamu yang ****** untuk mengajar mereka. Macam saya, saya tak mampu hendak ajak budak-budak pemulihan. Dulu saya pernah mengajar budak-budak kelas peralihan Tingkatan 1. Susah..tiap-tiap hari saya stres. Saya tak faham macam mana nak ajar mereka dan mereka tak faham apa yang saya ajar. Bagi saya, itu satu penghormatan jika kamu dapat menjadi cikgu pemulihan yang baik".

:') Flattered.

Alhamdulillah, aku yakin, kata-kata itu adalah doa. Aku juga berdoa, kata-kata beliau dimakbulkan Allah. Ada masanya, dari sisi diriku, sifat itu perlu aku bawa ke kelas. Tetapi, bukanlah maksudnya aku tidak matang membawa diri ke luar sana. 

Mematangkan diri, dengan akal yang Allah bagi, demi manfaat untuk diri dan berbakti kepada yang memerlukan dan memakmurkan tanah bumi ini..selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.

September 22,2016

Benarlah, kata-kata guru itu adalah doa. Telah makbul doa beliau itu. Walau pernah sering terdetik soalan di hati, kenapa saya? Namun, Allah jua lebih mengetahui segalanya. Menjadilah saya guru pemulihan sekarang :) Alhamdulillah (Mei 25, 2017)

No comments: