Tuesday, August 28, 2012

The 11th hour

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate


[ Repost : Kerana aku juga manusia biasa yang selalu terlupa. :) Baca post ini balik dan muhasabah diri. ]

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th." -Hlovate- Contengan Jalanan..*


Faham?


Situasi


Seorang yang rajin menderma.Namun dia bukanlah seorang yang mementingkan akhirat.Zamri(bukan nama sebenar) punya rasa untuk berubah.Duit berkepuk-kepuk dipoket.Mahu bertaubat.Tapi hati berkira-kira,'Amalan aku banyak apa..sedekah kat orang,tolong orang miskin,anak yatim' . Tiba-tiba,dia diserang sakit jantung.Meninggal.Err..sudah terlambat sebelum bertaubat.


Nauzubillah min zalik..


Tarbiah


Betul,sungguh-sungguh minta dijauhkan dari suu'ul khotimah..Penyudahan yang buruk.Makanya,perlulah bermula dari titik S.E.K.A.R.A.N.G kalau tidak mahu terlambat..Mahu memulakan sesuatu perkara baik yang baru itu payah..Kalau benih yang baru nak bercambah kena siram dengan air dan baja,hati yang baru nak tumbuh nak siram dengan apa?? Tarbiah :) Hati perlu dididik dengan tarbiah kalau betul dia mahu berubah.Sungguh,perit.Tak tipu.Kalau orang kata nak buat dosa di kulit itu sakit,nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.


Namun,kalau betul hendak berubah,hatta tembok Cina sekalipun tidak boleh menghalang.Mohon Allah beri petunjuk.


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" Al-Fatihah : 6


Walau pada mulanya terpaksa baca Al-Quran merangkak-rangkak,mula lah dari sekarang kalau terpaksa merangkak pun.Biar merangkak sekarang,asal nanti boleh berjalan dan terus berlari.Tak gitu?
Recharge!!Now!

"Ana baca al-guran tak fasih la..tak lancar,sedap macam enti..enti punya bacaan bagus..",luahnya pada sahabat yang sedia mendengar.


"Ana juga tidak sehebat orang lain.Tapi enti tau,dulu ana banyak menangis sebab berpisah dengan papa ana time form 1.Masa tu,ana akan baca al-quran banyak-banyak untuk hilangkan kerinduan ana.Lama-lama,boleh la lancar.Alhamdulillah" *


Jangan sedikit pun menyesal untuk setiap usaha yang kita lakukan untuk kebaikan.Penat?Semestinya.Sedangkan Usain Bolt hendak mengejar medal emas termengah-mengah ke garisan penamat,sedangkan kita hendak kejar kemenangan dalam membuat kebaikan..berkali gandalah penatnya.Memanglah sangat terasa penatnya membuat sesuatu pekerjaan jika berseorang..kalau tidak,manakan wujud peribahasa "bersatu teguh,bercerai roboh".Cari kawan..

Mana senang kalau nak senang..

Get a life,man..

Tak kan selamanya nak hidup jahiliah.Zalim benar.A fulfilling life..a meaningful life..as a muslim.Say,walking around and you are proud to be a Muslim,

"I am proud to be a Moslem!"

"Islam is the way of my life..."

"I am a hijaber,so I am a Muslim.." 

As simple as that?Tak cukup,bro..tak cukup.*Geleng kepala*

Sebelum anda kembali kepada DIA dalam fitrah anda yang mahu hidup bertuhan,yang mana anda itu berstatus hamba,maka sebelum itu anda belum cukup untuk mengaku diri anda seorang yang menyerah diri(Muslim).

Reflect yourself.Tengok cermin.Apa amalan aku?Solat lima waktu?Bacaan dalam solat hafal,faham ke?Puasa aku?Amalan sunat aku?Baca quran?Tafsir belek tak?

I tell you,tak sempat nak buat jahat besar habuk pun kalau tahu macamana kita akan dipercatu-amalan kelak.Banyak lagi amalan yang kita tak buat.Walau terkadang diri ini juga jatuh tersungkur,namun jangan pernah lupa,DIA ada!Manusia dan 1001 kelemahan.Berbuat amal,leka,tinggal,diuji,insaf,kembali beramal,ulang kesalahan,diketuk hati oleh Allah lagi,insaf kembali,dan kitarannya berlaku lagi.Sampai bila?Sampai bila mahu begitu.Nah,disitu penting tarbiah.Biar dia tahu dan sedar apa yang dia amal.Sementara Allah masih mahu mengetuk hati dan mengingatkan kita,kembali kepada DIA..bila DIA tidak lagi mahu mengetuk?Anda tiada sesiapa lagi.

Don't turn your back on God,nothing in life is guaranteed.But if you keep your faith,some things will be clearer than others. ^_^ true,true indeed.

Cari Tuhan semula sebelum anda mati.Live here for the hereafter.Hidup di dunia untuk akhirat.Lepas dah susah-susah nak cari kebaikan,susah pulak hendak pegang kebaikan itu dalam diri.Pulak diuji setan gondol dengan hiburan,nyanyian,tarian.. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Mana ada senang kalau nak senang..kan? Kalau rasa lonely sangat,sujud dan menangis. :) *

Dari Facebook :

The man who decided to change on the 12th hour died on the 11th -Hlovate- 
You are never too late to transform your life 180 degree.Towards the better life.Just remember,we never know when we die so do some changes before you die at 11.01 pm.You're late for 1 minute,but you won't have any single chance anymore..Think people,think :)

P/S - unforgettable..
* untukmu sahabat,anda tahu siapa anda :) terima kasih tidak terhingga,kata-kata enti masih melekat di kepala,cuma dialog agak terlupa.
*smileys yang tidak pernah berubah.terima kasih daun keladi,anda sahabat sejati.*ecece* Allah give u the best ^_^
*buat dirimu,doaku mengiringimu,walau apapun pilihanmu,Allah knows best!*yeah =D *

Peringatan untukmu dan untukku jua :) Assalamualaikum ;-)

4 comments:

fatin iliyana said...

macam kenal jugak kisah sahabat yg mana. hew hew

Healer said...

atoto fatin...hihi..shush shush :)

dear_sueareda said...

rumet, nice to read, even great to think.. :)

zulhilmi amran said...

Mana ada senang kalau nak senang..kan? Kalau rasa lonely sangat,sujud dan menangis. :) *

crius hebatkan,,,:D