Wednesday, August 29, 2012

Teksi Oren

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Sesak. Sentral KL sesak. Maklumlah, hari Ahad, semua orang berpusu-pusu balik ke kampus, mahupun pulang ke rumah memandangkan hari hampir petang. Hendak naik KTM, sesaknya sampai melemaskan diri jadi pilihan yang tinggal ialah teksi.

"Kak, tiket ke Cheras satu. Maktab Perguruan Ilmu Khas (kini IPG Ilmu Khas)" ,pinta Ana pada kakak di sebalik cermin kaca.

"RM 18" , balas kakak berwajah comel itu.

Alhamdulillah, tidak lah mahal sangat. Berbaloi. Not merah , hijau dan biru dikeluarkan.

Teksi di luar Sentral KL banyak, semuanya teksi yang perlu dibeli tiketnya terlebih dahlu, bukan sekadar 'teksi tahan'. Ana menapak ke arah sebuah teksi kosong, teksi oren.

"Maktab Perguruan Ilmu Khas ye"

"Tiket? Kat mana ya?", tanya pemuda pemandu teksi.

"Cheras, Maktab Ilmu Khas", laju Ana menuturkan sambil menghulurkan tiket teksi tersebut.

Seketika, deruman enjin berbunyi dan roda membawa pergi Ana ke destinasi. Sepi dalam teksi. Mesej Naqibah yang 'tak sabar-sabar' hendak ke alam Universiti tidak lama lagi dibalas satu per satu.

"Pastikan tiap-tiap semester dapat (award) Dekan tau!" - mesej dihantar dengan senyuman di bibir.

Mesej dibalas "Ala...Kos Qibah tu............" - ehe, Naqibah :) ada-ada saja.

Tiba-tiba pecah suara si pemandu teksi..

"Dekat 'sana' memang khas ya?"

Kabur. "Aa?" Oh, tersedar..Maktab itu. "Ya, ada kos Pendidikan Khas. Kos lain pun ada juga", balas Ana ringkas.

"Contoh?" , nampak gayanya dia berminat.

"Macam saya, saya ambil Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Nanti, insyaallah ajar orang yang buta" , jawab saya pada dia.

"Oh, ajar macam mana? " tanya dia lagi.

Braille. Ana terangkan padanya, Braille itu titik-titik yang timbul di atas kertas berupa huruf macam huruf rumi. Ana belum lagi belajar Braille tetapi sudah mula mengenal huruf kerana sahabat kelas ana juga terdapat pelajar bermasalah penglihatan, jadi mereka tolong ajarkan.

"Alhamdulillah, bagus..mereka ramai yang pandai-pandai. Senang mengajar orang yang terang hati. Yang susahnya ajar orang yang buta hati." , dia faham. Ya, mengajar itu bukannya perkara mudah andai pelajaran yang disampaikan tidak sampai ke hati.

"Mengajar ini tidak mudah. Susah. Tetapi kena usaha untuk jadi yang terbaik. " ujar Ana pada dia.

"Betul. Lagi bagus kalau dapat ajarkan nilai-nilai yang baik kepada mereka kan? " , persoalan dia saya jawab dengan anggukan kecil.

Budak-budak sekarang tak sama macam dulu. Pelajar berambut panjang yang rambutnya digunting cikgu pun, ibu bapa buat laporan polis. Sedangkan zaman dahulu, pesan ibu ayah pada guru cuma satu, "Cikgu didiklah, ajarlah anak saya menjadi manusia berguna. Pukullah jika perlu, jangan sampai patah riuk sudahlah." Berbeza dulu dengan sekarang, jauh macam langit dan bumi bezanya.

"Mengajar itu pun satu bentuk dakwah. Tak semestinya mengikut tabligh sahaja untuk berdakwah. Kalau tabligh yang tak ada ilmu, itu pun tak ada guna." , pesannya buat Ana.

"Betul,betul", sungguh, terharu dengan pesanannya. 

Hampir sampai di hadapan pintu pagar asrama. "Belajar sungguh-sunggu ya, jadi guru yang cemerlang nanti". Pesanan terakhirnya buat Ana. 

"InsyaAllah.Terima kasih, Assalamualaikum" , ana menghantar dia dengan salam, moga Allah memberkati pemuda ini, yang punya kesedaran tinggi tentang nilai dakwah dan mengajar. Dia menjadi pengantara Allah dan Ana untuk menginatkan Ana, mengajar bukan sekadar ilmu dunia. Tidak cukup sekadar itu. 

Dan teksi oren itu terpahat di ingatan, menjadikan nasihat pemiliknya sebagai peringatan tatkala diri di atas roda putaran dunia mahupun ketika di bawah roda itu.

P/S : "Allah, rahmati aku dan orang-orang sekelilingku".Amin. May Allah Bless you =)

3 comments:

- Mr. Hope - said...

Bukan senang nak cari pemandu teksi yang macam tu :)

musafir said...

مبروك !!!
btol metode dakwah tak perlu dilimitasikan !
ruang lingkup nya begitu luas !
smua org bole berdakwah, dgn cara sendiri !

Syafawani said...

Mr.Hope :
jarang nak jumpa pemandu teksi macamni, he drives his life very well, as well as his taxi :)

Yusri @ musafir :
Syukran :) betul, semua orang ada cara trsndiri, unik :)
All the best! :)