Wednesday, August 15, 2012

Random : Tadabbur Al-Quran

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Robbi yasir wa la tu'asir , robbi tamim bil kheir..
Alhamdulillah ^_^ setelah berminggu-minggu bergadang dengan assignment, Allah mudahkan diri ini dengan berbagai-bagai bantuan yang diterima.

Dulu, tilawah Al-Quran dengan kawan-kawan sekelas, sekarang tidak lagi. Hanya tadabbur Al-Quran sendiri. Mulanya terasa sedih..sunyi sepi tanpa orang lain.. T..T namun, bahagia juga yang Allah hadirkan apabila ada yang meminta diri ini ajarkan membaca Al-Quran. Alhamdulillah..berkongsi ilmu! 

Pengalaman
Ini merupakan kali kedua ana ajarkan Al-Quran kepada seseorang yang sangat berminat mahu belajar Al-Quran. Pertama, adik. Kedua, kawan baik. Maha Suci Allah, ana lebih daripada mengalu-alukan seseorang untuk sama-sama belajar daripada ana. Mengajar Al-Quran bukanlah perkara yang mudah, tetapi membiarkan dia tanpa panduan untuk membaca Al-Quran,lebih susah! Jadi, ana sama-sama belajar dengan dia. Ana selalu merasakan, Allah mahu menegur ana untuk membaca dengan lebih baik dan menguasai istilah-istilah tajwid. Tidak cukup sekadar tahu, tetapi memerlukan kefahaman. ana bukanlah ustazah,tetapi mengajar dan belajar itu tanggungjawab semua orang,kan? 

Syukur, tidak putus bersyukur, dia semakin lancar membaca Kalam Allah.
Buat kamu, doaku sentiasa bersamamu. Maaf, T..T terkadang kekangan masa untuk sama-sama menadah doa di setiap pertemuan perkongsian ilmu kita. 

Doakan kami, untuk mengajar,belajar dan diajar moga semua bersama redha Allah ^_^

P/S : Untuk yang didoakan, nanti kita belajar Al-Quran, baca Al-Quran, faham Al-Quran, hafaz Al-Quran. Bi iznillah.

Tiada putus rantaian doa
Usaha tiada ditinggal juga
Tawakal dan Redha tersisip di dada
Utamakan Dia dan keluarga.

Rebit Bebit ^_^

No comments: