Tuesday, August 28, 2012

No man is an Island

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Kerana manusia sentiasa perlukan peringatan, ketukan-kritikan untuk memperbaik diri :) Nasyid yang membina ana kira, Kesekian Kali - Suhaimi feat Munif Hijjaz ini ana terjumpa di blog Amirul Hazim

Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanMu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku

Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu (chorus)

Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku

Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

(Chorus)

Kesekian kali ku ulangi lagi

Tidak kan pudar keyakinanku
Yang Kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

****

Dalam diri setiap insan, mesti ada juga rasa ingin mendapat yang terbaik, mahu menjadi lebih baik : itu fitrah. Dan setiap kemahuan itu tak datang bergolek-golek melainkan kita yang perlu bergolek-golek berusaha mendapatkan setiap satu kemahuan itu. Bukankah begitu? Sebab itu, bila dah ada rasa 'hendak berubah' itu, carilah hati..deep down dalam hati. Cari hati di tiga tempat - ketika khusyuk solat, membaca al-Quran atau mengingati mati. Kalau ketiga-tiga don't work, then pray to Him so then He will forgive you and gives you another heart. Pray and keep praying and never give up.

'Percikan cahaya' itu Allah campak dalam setiap hati hambaNya sejak menjadi kain putih lagi, since we're a baby. Tapi, kalau dah di-terhitam-kan dengan corak-corak yang tak sepatutnya, hitam zulmat lah hatinya. Allah.. Clorox lah hati..cuci. Memang kadang-kadang ego mengalahkan gunung Everest memang tak nak ubah diri, kononnya 'ok apa aku macam ni, aku tak kacau orang, aku buat baik dekat orang ' ..em, satu soalan.. 'cukup kah amalan-amalan aku untuk beratkan timbangan mizan bahagian kanan?'.. Allah..


"No man is an island"

One man needs other man to support him through the journey. We all depend on one another. Kita tak mampu melakukan semua perkara berseorangan . Lain lah kalau macam Robinson Crusoe yang tercampak dekat pulau sorang-sorang and did everything on his own. That's a different case and it's a story anyway =,='. Perlukan kekuatan , perlukan sahabat untuk sokong kita dalam membuat perubahan dan kebaikan untuk diri. Sedangkan Nabi Musa juga minta dekat Allah, dikurniakan Nabi Harun untuk membantu baginda *, apatah lagi kita manusia biasa yang penuh dosa dan salah. 

* Rujuk : "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku, Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu "  ( Surah Taha : 29-33 ) 

Live a better life , and make changes for the better for the sake of Him. =)

P/S : Remembrance for me who wrote this and you who read this. May Allah Bless.

No comments: