Monday, July 2, 2012

Eternal Glory

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

"Because He knows best."

Alhamdulillah =) Perkara yang menggembirakan buat kita ialah menggembirakan ibu dan ayah. Syukur diberi peluang untuk merasa nikmat kejayaan atas Rahmat Allah yang tak terkira luasnya dan usaha yang berpaksikan redha-Nya. Alhamdulillah, Seluruh pujian buat Al-Khaliq.

Kecewa sedikit  berputik memandangkan ana tidak dapat mencapai Anugerah Pengarah yang memerlukan 3.80 dan ke atas,tetapi, perlu diteliti baik niat, belajar bukan kerana Anugerah Pengarah tetapi mengharapkan Anugerah Allah. Kan? =)

Lumrah kita sebagai 'pelaku sesuatu' yang mahukan 'gol dan matlamat' tercapai. Belajar dan mahukan kejayaan. Bermain bola dan mahukan gol terbanyak. Common. Itu biasa. Luar biasanya sesuatu pencapaian adalah disebabkan oleh usaha manusia biasa yang lakukan secara luar biasa dan dia sentiasa dekat dengan PenciptaNya. 'Success' dan 'Eternal Glory' itu tidak sama.. Kalau sama, kenapa wujud dua istilah berbeza ini..kan?

Luar Biasa
Usaha luar biasa sememangnya akan memberi impak maksima namun, bezanya dia dari usaha biasa ialah strateginya. Luar biasanya Sultan Muhammad Al-Fateh ialah beliau sentiasa hadir menyerang musuh dengan strategi berbeza yang lansung tidak terjangka oleh para musuh di Konstantinopel. Itu pentingnya strategi. Belajar, belajar juga, tetapi strategi belajar perlu hebat. Rangka apa yang perlu belajar. Senarai keluar subjek 'killer' dan subjek yang masuk 'ICU'. Lain orang,lain caranya. Bagi ana,ana perlu baca banyak kali untuk melekat di kepala kemudian lukis dengan jari huruf awal 'keyword' setiap isi. Hehe. Pelik sikit. Biar pelik,asal boleh ingat. Yang penting , hubungan dengan Allah kena jaga dengan sangat rapi. Barulah Allah jaga kita. Itu bezanya orang beriman, dan orang tak beriman. Solat jaga, ibadah lain jaga, pemakanan jaga, akhlak jaga, insyaAllah, pertolongan Allah berbondong-bondong datang. Ana sangat suka tagline kumpulan nasyid Raihan.. "Pray hard, Work Smart" . Hubungan dengan Allah,manusia jaga, kerja dan belajar berstrategi. Ganbate! 

Success dan Eternal Glory
Sesiapa sahaja boleh "Success" dengan syarat dia memiki pakej "Usaha+Istiqamah+Sikap Positif" . Bezanya dengan Eternal Glory, "Kejayaan Abadi" ialah milik bagi mereka yang beriman kepada Allah dan gol dia hanya Allah dan redhaNya dalam setiap sesuatu yang dia lakukan.

Situasi 1
Mahu belajar sungguh-sungguh sebab mahu redha Allah. Supaya boleh mendapat pekerjaan yang cemerlang.
Cemerlang dalam pekerjaan dan boleh bantu ummah dan bangsa dengan harapan Allah redha atas amalan baik dia. Disamping mendapat perkerjaan yang baik, redha Allah juga dia dapat.

Situasi 2
Mahu cangkul dan tanam pokok bunga ibu dengan sungguh-sungguh sebab hendak bahagiakan hati ibu dan ringankan beban ibu menanam. Dengan harapan ibu semakin sayang kepada dia , redha kepadanya dan mendoakan sejahtera ke atasnya. Dan dengan hasrat mahu redha Allah kerana redha Allah terletak atas redha ibu bapa. Disamping disayangi ibu bapa, redha Allah juga dia dapat.

Dalam setiap pekerjaan, kita boleh mencipta Eternal Glory dengan sasaran Allah sebagai matlamat utama. Kan sweet gitu ?

notakaki : Pelajar IPG perlu mendapatkan 3.80 untuk melayakkan diri mendapat Anugerah Pengarah. Setiap semester, harus usaha yang terbaik agar mendapat 3.50 ke atas supaya dapat mencapai prestasi cemerlang selepas keluar IPG untuk posting (hantar bekerja selama 4 tahun kontrak ke sekolah pertama) nanti. Sayangnya tak ada anugerah dekan :'(  Hehe =p syukurlah. Alhamdulillah..

Look at the past a while,take lessons and  turn in front , head forward ! ^^


No comments: