Friday, May 25, 2012

Mudahkan.Jangan susahkan.

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

"Syafa,macamana awak boleh tahan pakai tudung labuh eh? Kami dah cuba pakai tudung labuh. Siap beli bidang 60 lagi. Tapi pakai kejap, lepastu tak pakai balik. Tak tahan.. Macamana eh awak boleh tahan?"

Terkedu seketika. Tersenyum. Teruja orang bertanya. Maha Suci Allah. :)

"Saya pakai masa saya sudah berada di IPG",ringkas jawapan saya. Mimik muka mereka jelas terkejut. Ah,ya..mereka mengaitkan dengan latar belakang saya yang sudah 'biasa' dengan tudung labuh.

"Saya ambil masa 5 tahun sebelum saya pakai tudung labuh walaupun dah 5 tahun saya pakai tudung labuh di sekolah menengah. " jawab saya jujur dengan empunya diri yang bertanya.

"Jadi Syafa pun pernah la pakai tudung segi tiga,selempang?" tanya dia lagi. Saya angguk. Em,ya..saya pun pernah..sehinggalah ditegur oleh ustazah semasa saya tingkatan satu.

"Sebenarnya..kami nak berubah..nak tutup dada..pakai tudung labuh..tapi tak tahu cara.." jujur dia meluahkan.

Sungguh,saya kagum. Kagum dengan dia. Semangat dia. Perlahan anaa bagitahu dia..hendak berubah,ada langkah-langkah yang perlu dia ikut..perlu bina kekuatan ssikit-sikit untuk terus kuat bila sepenuhnya mengalami transformasi. Perlu tahu..kenapa perlunya tutup aurat..tak pakai tudung labuh pun tak apa. Pentingnya hanya tutup aurat.

Buat kamu, kamu merupakan sebab saya aktifkan Facebook. Sungguh, saya terharu. Insyaallah,saya bantu setakat yang termampu. Doaku bersamamu,sahabat :)


Saya tidak pernah menghalang orang pakai tudung segitiga,segi empat,pentagon,selendang atau apa-apa lagi..selagi menutup aurat,silakan.. aurat bukan hanya pada tudung :) Cover kepala,kaki,lengan..sehingga hanya terzahir muka dan tapak tangan..kemudian,berusaha jaga suara,gelak tawa, pandangan ,pergaulan,akhlak..naa..lama-lama,insyaAllah muslimah yang membawa identiti agama menjadi ini mekar dengan haruman akhlak dan agama. Asasnya daripada apa? Tutupnya aurat dia. Semuanya kena ada ilmu. Bukan taqlid(ikutan) buta. Kalau ikut orang , memang apa yang kita mahu buat tak akan menjadi. Jadi tuntutlah ilmu,kita bukan dalam jahiliah lagi. Yang jadi jahiliahnya sebab tak nak tuntut ilmu.

"Kak,tangan saya gelap sebab main panas.." adu adik Na. :) Pakailah baju tangan panjang,tak pun pakailah inner yang longgar..tak panas sangat pun kalau pakai baju tangan panjang. Nak hitam ke nak panas sikit je. At least kalau pakai baju tangan panjang, kalau peluh, orang tak nampak, kulit pun tak burnt.
Sebenarnye banyak orang boleh bagi alasan tak nak pakai baju tangan panjang atau handsock..panas,gatal,berbulu,fabrik kain tak sesuai dengan kulit.. ==' Kadang-kadang,aura jahat saya membuat bunyi amaran "Aku tak mati pun pakai benda-benda tu,panas hati je dengar korang ngomel macam-macam". Tapi sabar..sabar..bunyi dalam hati je..haha.

Saya juga tidak menghalang orang yang tidak mahu menutup aurat. Silakan.. dengan SYARAT.. jangan keluar rumah. Duduk sahaja di rumah yang tidak didatangi tetamu mahupun ipar-duai,sepupu-sepapat dan bukan mahram-mu.

Bagi lelaki dan perempuan, kalau hendak rasa aurat kamu sempurna tertutup atau tidak, cerminkan diri dan tanya soalan ini,

"Dengan pakaian ini,aku boleh solat atau tidak?"

Jika tidak,sila lah tukar pakaian anda.
Jika ya, Alhamdulillah..tahniah,kekalkan pemakaian sebegini.

Senang je formulanya. Yassiru wa la tua'sirru. Mudahkan,jangan susahkan. ^_^


No comments: