Wednesday, May 2, 2012

Madu

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Madu. Maha Suci Allah, setiap yang Dia ciptakan,punya kelebihan dan manfaat buat makhlukNya.

"Wahai tuhan Kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia"

***
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Al-Nahl 16:68
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Al-Nahl 16:69


Your Lord revealed to the bees: 'Build dwellings in the mountains and the trees and also in the structures which man erect. Then eat from every kind of fruit and travel the paths of your Lord which have been made easy for you to follow.' From the inside them comes a drink of varying colours,containing healing for mankind. There is certainly a Sign for people who reflect.  (An-Nahl : 68-69)


Lebah hasilkan madu, itu arahan Allah. ^_^ Allah selalu bagi yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Refleksi diri : Adakah kita memberi ibadah yang terbaik untuk Allah? Solat,puasa,zakat? Mari muhasabah diri :)

Sungguh,madu punya banyak khasiat. Untuk penawar, makanan , suplemen ataupun untuk kecantikan.

Sayangnya, ana hanya boleh makan madu dalam kuantiti yang amat sedikit. Kalau ambil banyak, hidung,tekak,mata,telinga akan merengek-rengek kesakitan. Sabar,ada hikmahnya. Coklat toblerone pun ana tak mampu makan lantaran ada madu. Berkat bersabar, hadiah Allah untuk ana adalah manis..semanis madu. Bersyukur, ana sekarang sudah boleh makan madu! Madu mentah dari Cameron Highland! ^__^
Madu mentah (Raw Honey)

Akhir tahun lepas, ana dan keluarga ke Cameron Highland. Selalu pergi tetapi tak pernah cuba untuk makan madu. Tak mahu eye and ENT buat masalah. Tapi tahun lepas ana sangat teringin madu ini! Manis dan alhamdulillah tak ada kesan untuk ana. Syukur sangat masa itu sebab dah beberapa tahun tak merasa madu.


Campur dengan teh pun sedap ^_^

Boleh cuba Raw Honey dekat Cameron Highland lepas ni ^_^

May Allah bless :)

1 comment:

Shirou said...

Cakap tentang madu, teringat lebah..
Alang-alang itu ana bawakanlah suatu hadis ini..

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan ( apa yang dihinggapinya ) .”

(Riwayat : Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Hehe, sahaja..

Cuma ini, ana ada tak berapa setuju sikit..air teh campur madu?
Ana pernah try dan rasanya..=.='
Ana nasihatkan, elakkan..huhu