Wednesday, April 4, 2012

You are my sweetie pie :)

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Telefon berdering. Nama tertera "Ayahku sayang". Terus diangkat ^_^ Tidak ada panggilan yang lebih disukai selain panggilan ibu,ayah (yang utama tetap panggilan Allah ya ^_^)

Ana : Helo,assalamualaikum..ayooooh ^_^ (panggilan manja ayah.)
Ayah : waalaikumussalam,iyo kakoook ( =,=' kakok pun kakok lah..hee)

Seronok bersembang dengan ibu dan ayah.Tak pernah jemu.Tak pernah. Ada saja cerita merepek menghiburkan hati.

Soalan pertama ana mesti,'ayah buat apa?'. Tapi soalan pertama ada ada banyak (yang mana 1 yang pertama ? hehe).

"Dah makan?"
"Duit ada lagi?"
"Tengah buat apa?"
"Bila nak balik?" T___T soalan ni bunyinye sedih.

He cares. He loves. It means "I love and miss you "when he asks all those questions.

Jawapan ana selalu positif je..taknak susahkan hati ibu ayah kat rumah. ^_^

"Ayoh,kakak tak lalu makan nasi..la ni keja makan biskut ja..huk huk.."

" Kakak tau dak..kat rumah ni pun ibu tak lalu makan nasi..hari-hari tak makan nasi.." kata ayah.

Ana pun,"Lorh...tu ka? Pastu ibu makan apa? "

"Nasi tak makan..keja makan lauk jaa... =,=' Ayah ja makan nasi kosong sorang-sorang."

>.< Ayah ni......hahaha..sengaja ye mahu yang disini tergelak,yang dirumah terbahak-bahak..

He's my first love.

Ayah selalu menghiburkan.
Nasihatnya memberi pengajaran,
pandangannya seribu satu teguran,
kata-katanya menyejukkan relung hati.

Selalu,anak perempuan atau anak lelaki,bila dah besar,asyik call ibu saja..entah kenapa,ana dan abang juga begitu ^_^ Dah banyak kali terima aduan ayah..

"Tak call ayah pun.." nada merajuk.
"Dah call ibu dah semalam..hehe"ana bergurau.
"Handphone ayah mana sama dengan handphone ibu" T..T aik? kena call dua-dua la ni..haha..macam tu pula ye.. :)

"Asyik call ibu ja.....bila nak call ayah?" ayah tanya.
"Hehehe.." jawapan itu saja yang diberi.. ^_^

Dulu waktu di asrama..
14 hari pertama di SMAP Kajang,tiap-tiap hari ana call ibu guna public phone. Sampai ibu kata, "Simpan la duit,janganla call tiap-tiap hari" .T...T

4 hari kemudian..

"Awat lama tak call ibu?" ibu terus tanya..
Dalam hati..aik??? haha..ibu ibu.. :)

Bila balik cuti semester,ayah buka cerita disebalik telefon.."Masa kakak telefon tiap-tiap hari,ibu kata jangan telefon kerap-kerap sangat.Baru 3 hari tak telefon ibu dah tanya,"Awat kakak ni tak telefon-telefon lagi ni........" Ha...haru.." Jenaka pula jadinya ya.. :)

Sejak itu,dah jadi rutin,paling kurang 3 hari sekali mesti telefon dekat ibu dan report rutin asrama. Hehe..sampai sekarang..3 hari sekali,panggilan ke rumah atau dari rumah mesti ada :)

Terkadang,ayah pura-pura merajuk. "Nanti takmau duduk rumah abang, tiap-tiap hari marah ayah makan ubat . Nak duduk rumah kakak dengan adik." Haha,tergelak besar kami.Hee.Abang ana pharmacist,insyaallah,ana doakan cita-cita dia tercapai untuk sambung belajar lagi.

Terkadang,ada saja mesej ayah yang mencuit hati.Tanda ingatannya pada anak-anaknya tak pernah luput.Tak pernah.
Mesej comel dari ayah ^_^

Sedang duduk dalam kelas waktu rehat,tiba-tiba mesej dari ayah..gambar pie..hee.. "You are my sweetie pie.."

Ayah,ayah ni sweet betul . Untung ibu. ^_^
Ayah,ayah tak baca blog kakak,tapi kakak catat dekat sini sebab kakak tak mau lupa mesej ayah sampai bila-bila :) And,yes,i've never ashamed to admit that im your sweetie pie.I really am your sweetie pie.Forever till in jannah.Amin. Doa untuk ayah dan ibu tak pernah luput.

"Ya Allah,ampunkan dosa ibu ayah,mereka sayang aku dari kecil lagi,Allah sayangi mereka.Pegang hati-hati mereka.Peluk mereka dengan rahmat dan redha-Mu"

:')

1 comment:

Syafawani said...
This comment has been removed by the author.