Saturday, April 28, 2012

Mana janjimu?

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Bila mahu gagah
kalau asyik bertelagah
bergaduh tak sudah.

Bila mahu maju,
saling menjatuhkan selalu,
tak sekufu tak sebulu.

Bila mahu menawan dunia,
kalau tak bersama,
tak mahu mendengar suara mereka,
hanya angkuh semata-mata.

Kata kita seagama,
perlu mengembleng tenaga
demi ummah sejahtera?
Mana janjimu?

Kata kita negara demokrasi
tapi bila rakyat bangun berdemonstrasi
mata kau butakan
telinga kau pekakkan?
Mana janjimu?

Mana janjimu..mana..
Kami tak dapat tuntut di dunia,kami tuntut di akhirat sana.
Itu janji kami!

Aku menulis kerana Aku kisah,
28 April 2102, 3 petang.

No comments: