Sunday, March 11, 2012

"Saya tak mahu jadi cikgu"

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Pensyarah-pensyarah mengagumi dia..kisah dia tersebar luas di seluruh kampus..'Waa,hebat dia..'

Dulunya,bukanlah impian dia mahu menjadi seorang guru..dia memberontak sakan memandangkan dia dipaksa oleh ibubapanya untuk mengambil profesion perguruan. Dia memberontak. Ponteng kuliah, buat peraturan sendiri , otai habislah kiranya.. Hinggakan pernah dia naik ke pejabat Hal Ehwal Pelajar dan berkata.."Saya taknak jadi cikgu ni,ibu ayah yang suruh.." Haru biru HEP.. Pelajar ini memang suka buat masalah. Pensyarah-pensyarah maklum tentang karenah dia,tetapi tetap sabar mendidik bakal guru ini..

Namun demikian..dalam masa beberapa hari lagi,dia akan bergraduasi..dan bakal mendapat gelaran pelajar cemerlang di kampus. ^_^ Nampaknya, usaha para pensyarah memang membuahkan hasil..berjaya melahirkan seorang pendidik yang dahulunya...mmm =)

Walau dipaksa, dia terima. Walau tak minat,akhirnya berjaya jua. Tak semua yang kita mahu Allah bagi,Allah bagi apa yang kita mampu dan perlu,kan?

Buat 'dia' , saya tidak tahu siapa anda,kisah anda juga diceritakan oleh pensyarah saya. Moga anda berjaya kelak. Bi iznillah :)

Alhamdulillah =)

1 comment:

AzAh... said...

Allah lebih tahu apa yg sesuai dengan dye :)