Wednesday, March 7, 2012

Ini kisah Vitagen

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Kisah pelajar praktikum...

Satu hari , seorang guru pelatih akan dinilai oleh pensyarahnya kerana dia sedang menjalani praktikumnya di sebuah sekolah rendah. Guru pelatih ini membawa beberapa botol Vitagen untuk anak-anak muridnya. Cukup-cukup setiap orang mendapat sebotol Vitagennya. Namun, guru pelatih ini terlupa sesuatu. Dia terlupa membawa straw untuk anak-anak muridnya..Maka,guru pelatih ini membuka penutup Vitagen  dengan tangan sahaja. Sampai giliran seorang anak murid ini,satu perkara berlaku..pelajar itu ternampak tangan cikgunya terkena air Vitagennya..maka dia pun berkata..

"Cikgu! Saya tak mau minum air ni. Tangan cikgu terkena air saya. Mak saya kata kalau tangan terkena air , air tu ada kuman. Saya tak mau minum "

Guru pelatih itu memujuk berkali-kali namun kanak-kanak itu tetap tak mahu minum. Pembelajaran berjalan seperti biasa dengan botol Vitagen pelajar itu tidak disentuh.

Setelah tamat sesi kelas itu,pensyarah menghampiri pelajar kecil itu..

"Kenapa kamu tak mau minum air Vitagen ni?" kata pensyarah.

"Tak mau. Mak saya kata ada kuman " kata dia.

"Ooo..ada kuman.. fuuuhh!(pensyarah itu menghembus Vitagen itu,konon-konon hilanglah kuman itu) ,Nah dah hembus dah kuman tu" , kata pensyarah itu.

Dan..dengan automatiknya kanak-kanak itu pun minum air Vitagen dia....dia percaya yang kuman tu dah hilang.. ^___________^

***
Teknik hendak psyco kanak-kanak sangat mudah. Jika anda ada pengalaman. Itulah bezanya antara orang berpengalaman dan orang tidak berpengalaman.

Pensyarah tersebut merupakan bekas guru kanan Kokurikulum di SMAP Kajang. Merupakan pensyarah Bahagian Kokurikulum di IPG saya. Beliau mesra dengan panggilan Encik Yob,walau nama sebenar beliau adalah Encik Azizan =) merangkap pensyarah basketball saya =)

Dicerita semula oleh : Dayang Nur Farahany

2 comments:

Muhammad Iqbal said...

Orang berpengalaman bermula daripada tidak berpengalaman. Jangan takut hadapi hidup untuk menimba pengalaman.

Erk, awat tiba-tiba ja ni :)

Healer said...

terima kasih :)