Saturday, March 31, 2012

Cik..ciik..cikgu...

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Ini kisah emak kawan saya..beliau adalah ustazah di sebuah sekolah rendah dan mengajar pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran melibatkan pelajar yang mempunyai masalah seperti down syndrome, autism , hyper active dan sebagainya. Berbeza dengan masalah pemulihan kerana pelajar masalah pemulihan merupakan pelajar normal yang lambat sedikit dalam proses pembelajaran. Emak kawan saya,Ustazah ada banyak pengalaman. ^__^

Kisah 1

Ada seorang pelajar ini. Dia hyper active. Sangat aktif lah.Susah betul hendak kawal dia. Satu hari dia panjat tingkap T...T Ustazah pun kata ," Haa..panjat lagi..panjat,panjat..tak cukup tinggi tu..". Budak itu pun apa lagi..makin tinggi dia panjat..tiba-tiba dia rasa gayat.(Heh tau pun) Dia pun...

"Ciii..ciikk cikggu...tu tu tu..to tolong..." ngehehehehe...baru tahu panggil tolong cikgu ye..

Aha..gagap ye bila takut.hehehe.

Kisah 2

Pelajar ini tidak suka mandi T..T dekat rumah pun ibu dia dah tak larat nak paksa mandi..Sudahnya cikgu-cikgu pula kena ambil tugas memandikan pelajar ini.. Kuasa psikologi guru mesti kuat hendak pujuk budak-budak ni!

Kisah 3

Ustazah tengah mengajar.Serius.Tetapi pelajar ini cepat lupa..

"Ini ba (huruf ba) " , Ustazah.
"Ba" , pelajar.
"Ta" , Ustazah.
"Ta" , pelajar.
(tunjuk dekat ba) , "Ini apa?" , Ustazah.
"hehehehe.." pelajar =...=' hehe pulak dah..maka dengan sabarnya Ustazah dia mengajar lagi,dan lagi dan lagi .. :)

Kena sabar ni..hehe

Kisah 4

Pelajar duduk berhadapan dengan Ustazah. Ustazah memang maklum yang pelajar ni tak suka gosok gigi ==' Tetapi,Ustazah tetap ajar dia macam biasa. Mungkin dia dah tak larat nak hadam apa yang Ustazah ajar..maka dia pun panggil Ustazah..

pelajar, "Ustazah!"
Ustazah pun angkat muka,melihat dia. "Mm?"
pelajar itu......"Mbheeee..mbheee...(mengeluarkan aroma bau mulut dia @.@ ) "
Mak aiii bau mulut diaa.......Maka Ustazah pun tak dapat nak kontrol muka dan terus tergelak tengok anak murid dia dan tutup hidung..hehehehe..
Maka,di sekolah jugalah pelajar itu belajar menggosok gigi..^_^

*_______________________________________________*

Sebenarnya..tujuan kelas masalah pembelajaran bukanlah untuk push akademik pelajar itu,tetapi aim kelas ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajarnya boleh menguruskan diri..Cukuplah dia boleh mandi,kemaskan diri,makan dengan tangan,tahu pergi ke tandas,pakai baju dan melakukan perkara-perkara asas.

 Kadang-kadang saya terfikir,saya dilahirkan alhamdulillah normal seperti kanak-kanak lain.Mudah ibu menguruskan saya. Macamana dengan kanak-kanak lain? Yang kurang sempurna? Yang tiada kemampuan? Kadang-kadang kita tak perasan,kemahiran yang kita sudah biasa,rupanya ada orang yang memerlukan didikan khas dari orang lain. Contohnya makan. Dari kecil seawal 2 tahun lagi kita dah pandai makan sendiri. Nampak makanan terus masuk mulut. Hehe. Tapi pernah fikir yang ada orang yang dah berumur 6 tahun hatta 10 tahun pun masih tak reti makan dan perlukan bantuan orang lain..Perkara mudah saja..Makan..tapi kadang-kadang kita terlepas pandang bukan? ^_^ renungkan.

Ana bersyukur,ana pilih bidang ini. Cuma,ana pilih masalah penglihatan. Tapi, kemungkinan ana diposting ke sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran adalah tinggi. Kemungkinan juga ana dihantar ke sekolah biasa. Ana tak kisah. Yang pasti,ana bersyukur. ^_^ Semakin teruja untuk melawat sekolah tahun hadapan,Pengalaman Berasaskan Sekolah,Insyaallah!

P/S : Deal dengan  mereka yang tidak normal nampak susah tapi tidak sebenarnya..deal dengan mereka yang normal lebih susah mungkin..

3 comments:

Muhammad Iqbal said...

Kamu begitu menghayati bakal kerjaya kamu. Bagus!

RuMaH TuA said...

Tersenyum sendiri baca n3 ni...
Like! (^-^)

Moga Allah kasih.

Syafawani said...

iqbal : syukran jazilan :)

rumah tua : akak pun bakal guru kan? ^_^ bittaufiq akak! May allah Bless u too :)