Monday, March 12, 2012

Aku diuji begini,dia diuji begitu.

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Setiap orang,Allah uji berbeza-beza..yang pasti setiap orang punya masalah dan ujian masing-masing.Tak sama.Allah bagi cukup adil..Kalaupun dalam hati terdetik,"Ya Allah,bestnya jadi dia..dah la pandai,cantik pula"..adakah anda tahu masalah hati dia? Tidak..sedangkan anda dengan rupa paras sederhana punya keluarga bahagia..tak bersyukur lagi?

Bersyukurla.. =)

Terkadang mengeluh mengenangkan diri.. "Dulu aku ada (sesuatu) , aku tak hargai..bila dah hilang,menangis sendiri.."  Mengapa perlu menangis,kalau seseuatu itu bukan milikmu,sungguh,ia bukan milikmu sejak dahulu lagi.. Beruntung anda punya apa yang ada sekarang..

Bersyukurla.. =)

Dia seorang yang sangat periang dan hiperaktif..Wajahnya manis,hatinya baik dan dia seorang yang cemerlang..Sepanjang berkawan dengan dia,tidak pernah terlintas di hati saya tentang masalah yang dipendamnya..Sungguh,terkujat mendengar kisah hidup dia. Saya doakan dia kuat,sentiasa kuat..dan moga Allah kuatkan dia.B iznih.

Mengenali dirinya,saya tahu dia seorang yang penyayang. Terkadang dalam diam,saya 'stalk' dia. Hehe. Peramah tidak kira dengan orang tua atau muda , dan manis orangnya. Pointer dia juga tidak kurang hebatnya. Bak kata orang,dia punya pakej lengkaplah. Tapi dia juga punya masalah sendiri. Mungkin saya tidak pernah memahami dia kerana saya tak berada di dalam kasut dia (im not putting myself in one's shoes) . Mungkin juga kerana saya ni lurus atau blurr terkadang. Doa untuk dia tidak pernah putus,moga Allah berikan yang terbaik untuk dia.

Bersyukurla.. =) bersyukur dengan apa yang ada..

Walau kita rasa masalah kita sangat besar , perlu diingatkan, ada orang yang punya masalah lagi besar. Rasulullah juga punya masalah dahulu. Betapa susah baginda mahu berdakwah kepada kaum baginda yang selama itu memuja patung-patung berhala. Baginda atasi masalah baginda dengan membina kekuatan sedikit demi sedikit..sebarkan agama Allah secara rahsia dahulu..3 tahun..satu tempoh yang lama.

Bukan mudah mahu jadi kuat. Binalah kekuatan sedikit sedikit. Daripada mengeluh dan bersedih,pupuk kekuatan itu. Caranya ? =) Banyak caranya. Salah satunya,binalah ukhuwah dengan sahabat-sahabat sejantina. Mereka memahami kita bukan? Moga-moga dengan meluahkan rasa hati kita kepada mereka,mereka fahami anda. Cari orang yang benar-benar anda thiqah. Yang anda percaya.
Subhanallah..cantik =)

 Sahabat thiqah sukar dicari. Sukar juga menjadi orang yang boleh dipercayai. Jujur, saya juga pernah terlepas cakap yang membuatkan orang lain terluka. Maaf,saya juga manusia biasa. Punya ketika saya alpa. Masih memperbaiki diri menjadi orang yang dipercayai.

Saya juga  bersyukur, dalam masalah yang ditempuhi, Allah hadirkan keluarga dan sahabat yang faham saya. Bersyukur la..kan? ^_^

P/S : Pengalaman penulis digarap ke dalam bentuk tulisan,jika ada antara kandungan tulisan yang mirip kepada kisah diri masing-masing,penulis sekadar berkongsi,mungkin kebetulan sama.Watak tidak didedahkan sama sekali.

4 comments:

Phia said...

sukaaaaaaaaa :) thanks syafa :) and nice background song!

Healer said...

me : i really appreciate that.thank you ^_^ to you as well,bi iznih :D

soffea : dear!welkam:) no matter what,be strong tau! :') thanks.. :) amik kat utube..hehe

Qaseh Dania said...

best..nak rewrite balik boleh some of ayat2 wani? =)

btw, keep blogging ye..^^

Syafawani said...

Qaseh Dania : Alhamdulillah,terimakasih :) Sila-sila,ya saudariku :)