Saturday, February 18, 2012

Biar penat buat kerja..

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Dan apabila jari menari di atas papan kekunci...Bicara tentang Facebook menjadi isu pilihan hati..


Syafawani Jamil
Penat buat kerja lebih baik dari penat tak buat apa-apa..dan penat tak buat apa-apa lebih baik dari penat mengata orang sahaja.
 ·  · Sunday at 16:08

=) Bersyukur,masih dipinjamkan Allah jasad ini untuk terus memakmurkan bumi ini.Walau usaha ana dalam melakukan sesuatu perkara tidaklah seberapa,tetapi ana mencuba sehabis daya untuk usahakan yang terbaik

"Make the most out of yourself for that is all there for you"

Usaha yang dilakukan akan memberi kesan kepada kita kembali.Dan yang lebih baik dari itu,akan memberi kesan positif kepada orang-orang sekeliling kita.Sbeaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain bukan?

"Penat" membuat kebaikan

"Ya Allah,aku penat ya Allah..banyaknyaa kerja aku.Kena buat powerpont,siapkan kertas kerja..hantar assignment esok,ada meeting lepas kelas,petang ada drilling tenis,malam ada perjumpaan MPP..Allah...eh,lepas MPP kena bagi talk untuk adik2 pulak?  ......"

Penat..memang penat.Kalau catat semua urusan harian dalam planner,setiap kotak planner tu tak cukup dengan schedule yang padat dengan aktiviti-aktiviti itu.

Ketahuilah saudara dan saudariku,
anda tidak berseorangan. =) masih ingat kah anda pada pepatah 'bersatu teguh bercerai roboh?'.Anda tidak merasa 'rasa' penat itu andai anda berjemaah,berpasukan.Paling kurang ajaklah seorang teman untuk buat kerja bersama anda.Suka untuk ana kongsi kata-kata seorang kakak yang sangat ana kasihi kerana Allah..


Izzati Rahim
‎"Biar penat, tapi jangan putus asa. Tajdid semula niat, lillahi ta'ala. Selawat dan zikir banyak2 sambil buat kerja."
 ·  ·  · Yesterday at 20:47 · 

Suka dengan kata-kata beliau di status Facebook-nya *kak,pinjam sat kata-kata naa.. =D*

Benar..jangan berputus asa.Mungkin kita akan rasa down seketika.Masa itulah sang durjana syaitan akan datang kepada anda dengan 1001 alasan dan godaan.Makanya,anda kena kuat 'dalaman'.Walau down macamana sekalipun,ingat Dia.Kita datang dari Dia dan akan kembali jua kepada Dia.Jadi kekuatan juga datang dari Dia.Mintalah pada Dia.Insyaallah,Dia tak pernah menghampakan hamba-hambaNya.

"Penat" tidak buat apa-apa



Bisanya berlaku pada hari Sabtu,Ahad,cuti semester..atau hari tak ada kuliah.Hati berbunga riang jika Pensyarah kata,'Kelas batal harini.' Tetapi...mula la ststus-status sebegini muncul..



Rahsia
Hish..buhsan buhsan..nak buat ape ye? Assignment tak dew..
 ·  · 14 February at 20:53

Saudara saudari,tolonglah..jangan guna perkataan 'eww-eww' tu,sakit mata kalau buka News Feed.Namanya cuti,memang tiada assignment.Jadinya,do something worthwhile.Duduk rumah adalah perkara yang sangat seronok.Ketika itulah anda boleh merekacipta masakan dengan ibu anda,ketika itulah boleh berkongsi cerita 'gila-gila' dengan ibu anda,ketika itulah boleh tolong kemas rumah,cuci laman,ajak pergi daki bukit..dan..anda juga boleh tolong habiskan beras(makan banyak-banyak kat rumah la.masakan ibu paling sedap,kan?)

Tidak perlu hebahkan ke seluruh Tanah Melayu yang ada tiada kerja.Jangan asyik nak 'qada' tidur waktu  cuti..tidur sepanjang hari..=.=' sedar atau tidak,kalau tidur terlalu lama anda akan berasa penat juga?Lesu diri.Otak pun tak bekerja.Capai batang raket,pergilah main tenis.Kalau tiada teman,main saja dengan dinding.Sukan juga adalah satu cara mengisi masa.Dulu,ana seorang yang 'mandom' atau lembik dalam sukan.Sekarang tidak lagi..^_^ Seronok bersukan.Insyaallah,anda akan rasa seronoknya itu bila anda sendiri yang merasai.

'Penat' mengata orang sahaja
Golongan ini,adalah golongan yang merugikan diri sendiri.Tidak memberi manfaat pada orang lain malah menambah dosa kering pada diri.Sekarang,makin ramai yang suka post tentag agama,Alhamdulillah.Kalau anda rasa orang yang post itu tidak 'cukup baik' untuk berbicara tentang agama,tak usahla komen perkara-perkara yang boleh membuatkan dia sakit hati.."Nak tunjuk alim la tu" Allah..dia sekadar berkongsi ilmu yang dia ada.At least dia menyebarkan ilmu,ada pahala disitu.Anda? Tidak perlulah berkata begitu.Tak perlu iri hati dengan ilmu yang ada pada orang lain.

Muhasabah diri


Rasa terkena pada batang hidung sendiri?Ana memberi peringatan,moga lain kali,anda tidak buat lagi.Kita kan saudara,kenapa perlu ada rasa iri hati? Muhasabah diri..mungkin ada sesuatu yang perlu anda baiki.Ana juga punya banyak kekurangan.Tetapi,bukan itu yang menjadi ukuran di mata Allah.Allah melihat sejauh mana hambaNya berusaha untuk memperbaik diri.
A028

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
(An-Nisaa' 4:28

Manusia memang diciptakan bersifat lemah.Tetapi Allah lebih menyayangi mukmin yang kuat.Maka,mari sama-sama memperbaik diri.Buang sifat iri hati.Mari tambah ilmu,moga kita menjadi mukmin yang kuat,dengan izinNya ^_^

1 comment:

Dila Gebu said...

setiap kerja suatu ibadah, ada manis didalam penat, ada hasilnya insyaallah

Jom kita makan Minyak Ikan