Monday, November 28, 2011

Setulus Setia Seindah Nama

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Karya : Siti Hazneza Abdul Hamid

Mata tertancap pada kismis dalam nasi.Bulat.Begitu juga dengan hatinya sekarang.Bulat ya..atau kosong?

"Ehem!"

Nazneen tersentak kembali,'Ah,leka seketika.'Gambaran hatinya kosong seketika tatkala ditanya mengenai bakal pemilik hatinya.

Tersenyum."Cik Nazneen,awak belum jawab soalan saya tadi",ujar Karim dengan senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis.Namun,dari awal perbicaraan lagi dia tidak dapat menangkap anak mata Nazneen.'Susahnya!'getus Karim sendirian.

"Maaf,terleka sebentar.Baiklah,saya difahamkan yang Encik Karim ingin berjumpa dengan saya,membawa satu hajat besar.Benar?" Tanpa berselindung Nazneen bertanya.

"Er..benar." Wah! Straight to the point perempuan ini.Senanglah kerja aku.Tak payah nak berbasa basi lagi.

'Hmm..aku perlu tanya lebih lagi untuk tahu prinsipnya.'bisik Nazneen pada dirinya.

Sebelum Nazneen sempat melontarkan soalan seterusnya,Karim bersuara,"Tak payah la berencik-encik dengan saya..Karim sudahlah.." ujar Karim dalam nada lembut.

'Ya Allah..Ngilu,ngilu..wahai lelaki,perlukah engkau bersuara seromantis itu dihadapanku?' Namun Nazneen tidak mengendahkannya.

Jujur Nazneen bertanya kepada Karim,"Karim nak kahwin dengan saya?"

Karim terpempan!Biar benar!Patutnya aku yang bertanya soalan itu pada dia.Rakus Karim menjawab,"Mestilah nak!"

Nazneen tenang."Kenapa Karim nak kahwin dengan saya?"

Jawapan yang terpacul dari mulut Karim ialah... "Sebab Nazneen cantik.."

Terasa panas pipinya.'Ya,tak dinafikan lagi.Benarlah hadis Nabi yang menyuruh kaum lelaki memilih perempuan kerana 4 faktor,kecantikan,keturunan,harta dan agama.

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


Sungguh,keempat-empat faktor ini mempunyai maslahatnya tersendiri.Role model yang boleh dicontohi ialah isteri pertama Rasulullah s.a.w,Khadijah binti Khuwailid.

Khadijah adalah wanita yang hidup dan membesar dari lingkungan Suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat.Beliau berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Baginda s.a.w.Kewafatan suaminya yang terdahulu iaitu Abu Halah at-Tamimi dan Atiq bin Aidz bin Makhzum telah meninggalkan harta yang banyak dan perniagaan kepada Khadijah.Namun,itu bukan penghalang untuk Khadijah menjadi seorang hartawan yang dermawan.

Pentingnya perempuan yang berasal dari keturunan yang baik adalah supaya lahirnya keturunan yang baik kelak.Nazneen juga mahu keturunan yang mampu menjadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) kepada ibu dan ayahnya,keturunan yang akan menyumbang kebaikan kepada bangsanya,negaranya..keturunan yang akan menyambung syiar sebagai mujahid dan mujahidah yang menjulang Islam.Bukankah itu matlamat perkahwinan?Semuanya berpucukpangkal dari keturunan.Nazneen bermonolog sendirian lagi,menyingkap lagi peribadi mulia Khadijah..

Khadijah sangat banyak menyumbang kepada Islam,terutama dari segi hartanya.Betapa besar pengorbanannya,cintanya kepada Allah dan Rasulnya,yang juga suaminya,sehinggakan beliau pernah berkata,

"Wahai suamiku,ambillah segala-galanya milikku untuk agamamu.Dan setelah aku mati,ambillah tulang-tulangku sekiranya ia masih diperlukan untuk dakwahmu"

SubhanAllah.Hebatnya beliau..Beliau membantu gerakkerja Nabi Muhammad.Beliau juga yang menjadi tulang belakang Nabi Muhammad.

Para lelaki juga dianjurkan untuk memilih wanita kerana rupanya.

Sabda Nabi yang maksudnya : Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan rendah maharnya.

Nazneen tahu,pentingnya kecantikan wanita itu.Untuk menjaga pandangan suaminya.Ya..tapi..ada yang lebih penting dari itu..

Agama.Pilih perempuan yang beragama,nescaya sang suami bersenang lenang.Sungguh,faktor terpenting.Agama dalam diri seseorang yang menjadi ukur utama sebelum rupa,harta mahupun keturunan.Nazneen sebagai salah seorang pendidik amat menekankan bab agama dan ilmu kerana dia tahu ilmu tanpa agama adalah buta,tetapi agama tanpa ilmu adalah lumpuh.Perempuan yang beragama dan berilmu,itulah pilihan terbaik.

Tetapi..berbalik kepada Karim..dia menjadikan kecantikan sebagai kayu ukur pertama.Mmm..

Karim bingung.Perempuan secantik Nazneen tidak kahwin ketika umur sudah 33 tahun.'Ah,pedulikan!Aku 29 tahun,tidak banyak beza darinya..aduh,mulusnya dia..pipi kemerah-merahan...' bisik hati Karim berbaur nafsu.

Terasa diri diperhatikan,Nazneen cepat menundukkan lagi pandangannya.Ditarik kain sebai agar menutup sebahagian mukanya.

'Lorh,dia tutup muka la..aiseh' Karim memuncungkan mulut.

"Bagaimana perancangan keluarga Karim?Karim hendak anak ramai?" tanya Nazneen lagi.

'Kenapa la perempuan cantik ini banyak soalan sangat.Tidak bolehkah terima aku?Sedangkan ramai perempuan yang berebutkan aku,tetapi engkau yang ingin aku sunting.Nasib baikla engkau cantik' Karim sekadar berkata dalam hati.

"Saya hendak anak..."

"Saya hendak anak ramai" jawab Karim bersungguh! Karim tahu,Nazneen semestinya hendakkan anak ramai kerasa Nazneen hanya mempunyai dua adik beradik,iaitu adik bongsunya,Hakeem.

Anak ramai ya.."Kenapa Karim nak anak ramai?" tanya Nazneen lagi.

"Sebab harta saya banyak!Kepada siapa lagi saya hendak wariskan harta-harta saya selain anak-anak saya??"jawab Karim.Confident.

'Haila Karim.Cetek sungguh pemikiranmu..' Nazneen mengeluh dalam diam.

Karim mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Nazneen pula,asyik dia saja tanya aku."Kenapa Nazneen hendak anak ramai?" senyum Karim lagi.

"Anak itu cahaya mata,tidak salahkan mempunyai banyak cahaya untuk mata kita?"Jawab Nazneen bersahaja.Namun,Nazneen punya matlamat besar dalam membanyakkan mujahid dan mujahidah.

Rasulullah juga berbanga dengan umatnya yang ramai..

“Berkahwinlah agar dapat melahirkan keturunan kerana pada Hari Kiamat kelak, aku 
akan berbangga jika kamu menjadi umat yang ramai dari umat-umat yang lain.” 
(Riwayat Al-Baihaqi)

Nazneen mahu mendidik anak-anaknya sebaik-baiknya.Mereka saham baginya.Merekalah yang akan mendoakan buatnya tatkala dia tiada lagi di muka bumi.Tiga perkara yang tinggal selepas matiny anak Adam ialah anak soleh yang mendoakannya,ilmu bermanfaat yang diamalkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan.Nazneen mahu anak-anaknya mendoakan kebahagiaan dia di alam barzakh dan akhirat sana.

Melihat Nazneen bisu seketika,Karim mengambil peluang untuk berbicara,"Nazneen tidak perlu risau,selepas kita berkeluarga,kita tak akan dikongkong oleh keluarga.Kita akan duduk jauh dari mereka dan mulakan hidup yang baru."

Terkejut.'Sampai begitu sekali fikiran Karim.'Sungguh,fikrah kita tak sama Karim'.Tiada ragu bagi Nazneen lagi.Nazneen mengangkat pandang.Buat pertama kali mata mereka bertentang.Tetapi,sekilas cuma.

"Karim,perkahwinan menyatukan silaturahim antara dua buah keluarga.Dari situ,bertambahnya ahli dalam keluarga besar menunjukkan keluarga itu subur dengan ukhuwah.Tali persaudaraan dirapatkan dengan perkahwinan.Ahli baru diraikan dan diperkenalkan kepada sanak-saudara."

"Cinta setelah perkahwinan,cinta kepada keluarga,cinta kepada pasangan,cinta kepada anak-anak..tetapi ayng paling agung ialah cinta kepada Dia.Dia yang menciptakan rasa cinta itu sendiri.Perkahwinan biasa tidak melaburkan cinta kepadaNya.Mereka sekadar follow the flow dan melakukan rutin harian.Lebih buruk lagi cinta yang diketahui media,sekadar berfoya-foya di hadapan kamera.Cinta istimewa itu anugerah Allah buat hambaNya yang mencari redhaNya.Dan,cinta itu sendiri adalah cinta untuk dirasa,bukan dijaja." tutur Nazneen penuh hikmah.

Karim tersenyum kelat.

"Maaf Karim,prinsip saya begitu.Mungkin,awak boleh cari perempuan lain yang mungkin lebih baik untuk awak." jujur Nazneen bertutur.

"Tidak apalah.Mungkin bukan rezeki saya beristerikan perempuan sebaik dan secantik awak." Karim membalas di sebalik senyuman kelat.'Hai,melepas lagi la aku..'

****

"Cinta untuk dirasa,bukan dijaja"
-Nazneen-
Tinta penulis

Salam pembuka bicara,
tiba-tiba rasa hendak hasilkan cerpen,maka terhasillah episod terakhir Cinta untuk dirasa ini.Sebenarnya hampir kesemua intipati cerita ini ana derived dari salah satu babak dalam novel "Setulus setia Seindah Nama" karya Siti Hazneza Abdul Hamid.Ana sangat suka novel beliau dan inilah novel islamik pertama yang ana baca dan terus jatuh cinta.. (hehe) dengan penulisnya. Tetapi,ada beberapa bahagian yang dimodifikasi mengikut selera ana.

No comments: