Thursday, November 10, 2011

Imam dan dua paderi

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Dikisahkan,satu ketika dahulu..

Ada seorang imam yang sangat taat kepada Allah.Dia seorang yang alim dalam bidang agama.Pada satu hari,dia didatangi oleh dua oleh paderi.Maka,berkatalah paderi itu..

"Hai imam,bolehkah kami duduk beberapa hari bersama engkau?"

"Silakan,boleh" jawab imam itu mudah.

Maka,paderi berdua itu pun tinggallah di rumah imam tersebut.Ketika itu waktu makan pagi,imam dan dua paderi itu duduk di meja makan.Kemudian,salah seorang paderi itu menadah tangan dan berdoa.Seusai berdoa,tiba-tiba..





Ada makanan muncul di hadapan mereka!Imam tersebut terkejut!

'Hai..hairan!Ajaib.Hebatnya paderi ini hinggakan boleh membawa makanan yang datang entah dari mana!' monolog Imam tersebut.

Mereka bertiga pun makan.

Tiba waktu makan tengahari,paderi yang kedua pula menadah tangan berdoa.Menanti seketika dan...

cheng!


Makanan muncul lagi di hadapan mereka bertiga..Imam itu benar-benar pelik..macamana mereka boleh buatkan makanan datang ni?

Nyata,Imam itu sangsi dengan kedua-dua paderi tersebut.Jauh disudut hatinya,dia tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnnya pada kedua-dua paderi yang mampu menjelmakan makanan itu.

Saat yang mendebarkan tiba jua..waktu makan malam.

"Kami berdua sudah datangkan makanan untuk sarapan dan waktu tengahari,jadi sekarang giliran engkau untuk jelmakan makanan." salah seorang paderi itu bersuara.

'Ah..sudah..aku mana tau cara nak jelmakan makanan!Mana ada ilmu yang aku belajar untuk datangkan makanan tiba-tiba..Masalah ni..Kalau aku tak mampu nak buatkan makanan 'jatuh' dari langit,mesti mereka tak percayakan aku.Ah,nanti mereka sangkakan aku lemah!' hati kecil Imam itu bersuara.

Imam itu sangat risau.Kemudian..

"Izinkan saya solat dua rakaat sekejap ya." pinta Imam tersebut.

"Silakan" ujar paderi-paderi tersebut.

Imam tersebut pun pergi menunaikan solat dua rakaat.Dia memohon dalam doanya agar Allah membantunya kerana dia yakin dengan pertolongan Allah.

'Ya Allah,Kau bantulah aku.Datangkanlah rezeki berupa makanan untukku ya Allah supaya aku mampu buktikan pada mereka ya Allah.'

Tiba-tiba..



Imam itu berasa sangat gembira!Makanan tersedia di atas meja.Mereka menjamah dan Imam itu berasa sangat bersyukur dan lega.

Pada keesokan harinya,kedua-dua paderi itu datang kepada Imam itu dan berkata,

"Hai Imam,kami ingin memeluk agama yang engkau anuti.Sungguh agama engkau adalah agama yang benar."

Imam itu kaget.

"Aik? Kenapa engkau hendak masuk ke dalam agamaku.Sedangkan engkau pun hebat,engkau pun boleh jelmakan makanan?" Imam itu bertanya.

"Sebenarnya....ketika kami mengangkat tangan itu,kami berdoa,"Ya Allah,jika betul agama engkau iaitu Islam itu benar dan Imam ini benar,maka jelmakanlah makanan untukku" .Sebab itulah makanan tersedia di atas meja."

Dan Imam itu tersenyum.

****

Pembaca yag budiman,

Jangan pernah berasa ragu-ragu dengan agama yang kita pegang yakni Islam.

Jangan pula senang untuk terpengaruh dengan sesuatu yang dirasakan 'hebat' kerana kadangkala mata kita dikaburkan dengan sesuatu yang kita tidak jelas.

Doa senjata mukmin,maka berdoalah dan yakin bahawa pertolongan Allah ada dimana-mana sahaja dalam bermacam-macam bentuk yang kita tak pernah terfikir!Percayalah :)

****

Ayah ana yang ceritakan tentang kisah ini,ini cuma kisah teladan.Kalau anda hendak makanan?Kalau tadah tangan sahaja,anda akan dapat?? Apapun tak dapat. =.='

Usaha+doa+tawakal=Senyuman Kejayaan(Senyuman kekenyangan) =D

Usaha untuk sesuap nasi dan usaha untuk secebis kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek,makanan tidak datang dari langit! :)

Moga bermanfaat.