Monday, November 28, 2011

Cinta untuk dirasa.. # 3

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Sambungan dari : Cinta untuk dirasa # 1 dan  Cinta untuk dirasa # 2

"Saya hendak anak ramai" jawab Karim bersungguh! Karim tahu,Nazneen semestinya hendakkan anak ramai kerasa Nazneen hanya mempunyai dua adik beradik,iaitu adik bongsunya,Hakeem.

Anak ramai ya.."Kenapa Karim nak anak ramai?" tanya Nazneen lagi.

"Sebab harta saya banyak!Kepada siapa lagi saya hendak wariskan harta-harta saya selain anak-anak saya??"jawab Karim.Confident.

'Haila Karim.Cetek sungguh pemikiranmu..' Nazneen mengeluh dalam diam.

Karim mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Nazneen pula,asyik dia saja tanya aku."Kenapa Nazneen hendak anak ramai?" senyum Karim lagi.

"Anak itu cahaya mata,tidak salahkan mempunyai banyak cahaya untuk mata kita?"Jawab Nazneen bersahaja.Namun,Nazneen punya matlamat besar dalam membanyakkan mujahid dan mujahidah.

Rasulullah juga berbanga dengan umatnya yang ramai..

“Berkahwinlah agar dapat melahirkan keturunan kerana pada Hari Kiamat kelak, aku 
akan berbangga jika kamu menjadi umat yang ramai dari umat-umat yang lain.” 
(Riwayat Al-Baihaqi)


Nazneen mahu mendidik anak-anaknya sebaik-baiknya.Mereka saham baginya.Merekalah yang akan mendoakan buatnya tatkala dia tiada lagi di muka bumi.Tiga perkara yang tinggal selepas matiny anak Adam ialah anak soleh yang mendoakannya,ilmu bermanfaat yang diamalkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan.Nazneen mahu anak-anaknya mendoakan kebahagiaan dia di alam barzakh dan akhirat sana.

Melihat Nazneen bisu seketika,Karim mengambil peluang untuk berbicara,"Nazneen tidak perlu risau,selepas kita berkeluarga,kita tak akan dikongkong oleh keluarga.Kita akan duduk jauh dari mereka dan mulakan hidup yang baru."

Terkejut.'Sampai begitu sekali fikiran Karim.'Sungguh,fikrah kita tak sama Karim'.Tiada ragu bagi Nazneen lagi.Nazneen mengangkat pandang.Buat pertama kali mata mereka bertentang.Tetapi,sekilas cuma.

"Karim,perkahwinan menyatukan silaturahim antara dua buah keluarga.Dari situ,bertambahnya ahli dalam keluarga besar menunjukkan keluarga itu subur dengan ukhuwah.Tali persaudaraan dirapatkan dengan perkahwinan.Ahli baru diraikan dan diperkenalkan kepada sanak-saudara."

"Cinta setelah perkahwinan,cinta kepada keluarga,cinta kepada pasangan,cinta kepada anak-anak..tetapi ayng paling agung ialah cinta kepada Dia.Dia yang menciptakan rasa cinta itu sendiri.Perkahwinan biasa tidak melaburkan cinta kepadaNya.Mereka sekadar follow the flow dan melakukan rutin harian.Lebih buruk lagi cinta yang diketahui media,sekadar berfoya-foya di hadapan kamera.Cinta istimewa itu anugerah Allah buat hambaNya yang mencari redhaNya.Dan,cinta itu sendiri adalah cinta untuk dirasa,bukan dijaja." tutur Nazneen penuh hikmah.

Karim tersenyum kelat.

"Maaf Karim,prinsip saya begitu.Mungkin,awak boleh cari perempuan lain yang mungkin lebih baik untuk awak." jujur Nazneen bertutur.

"Tidak apalah.Mungkin bukan rezeki saya beristerikan perempuan sebaik dan secantik awak." Karim membalas di sebaliksenyuman kelat.'Hai,melepas lagi la aku..'

****

"Cinta untuk dirasa,bukan dijaja"
-Nazneen-
Tinta penulis

Salam pembuka bicara,
tiba-tiba rasa hendak hasilkan cerpen,maka terhasillah episod terakhir Cinta untuk dirasa ini.Sebenarnya hampir kesemua intipati cerita ini ana derived dari salah satu babak dalam novel "Setulus setia Seindah Nama" karya Siti Hazneza Abdul Hamid.Ana sangat suka novel beliau dan inilah novel islamik pertama yang ana baca dan terus jatuh cinta.. (hehe) dengan penulisnya. Tetapi,ada beberapa bahagian yang dimodifikasi mengikut selera ana.

Ianya terlafaz tatkala lafaz sakinah diucapkan =)
Moga bermanfaat =)

3 comments:

Soffeatul Raunaqiah said...

Sukaa :) Hehehe

- said...

baru sahaja baca. sungguh kamu percaya? - bahawa ada ucapan, ada perbuatan yang harus ditinggalkan terus, tanpa khabar atau suara. hanya nanti sampai masanya, Allah jua yang tentukan semuanya.

Syafawani Jamil said...

yang tidak bernama- sinis bunyinya walau kurang dimengerti maksud tuan punya badan. Hayati ayat ini 'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya' -Ar-Ra'du:11