Sunday, November 13, 2011

Allah baik # 1

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Penat.Mengantuk.Nak mandi.Lapar.

Semua perasaan si gadis itu bercampur baur.Alhamdulillah,'hutang' Maghrib telah di'bayar' sebentar tadi di surau food court.Ana menapak perlahan ke arah biliknya di tingkat 3. Dari kejauhan Ana nampak baju yang telah dicucinya tiada di ampaian..Ampaian di asrama dibina untuk setiap aras kerana tiada ruang mencukupi di basement.

'Aik..mana pergi?'

'Mungkin Nur telah angkatkan.Baiknya dia.' Hatinya berbisik penuh kesyukuran kerana kain di jemuran sangkanya diangkat oleh teman sebiliknya.Kebetulan pula petang tadi hujan.

Setibanya di hadapan bilik,tombol dipulas.

'Eh..berkunci..'

Kunci dicapai, klik..pintu dibuka.

Gelap.

'Eh..Nur belum pulang..' Lampu dipetik dan keadaan bilik kemas seperti pagi tadi.Dan tiada baju di atas katilnya..dan ini bermakna..........bajunya tiada siapa pun yang angkat T.T

Hanya Allah yang tahu betapa walangnya hati dia saat itu.Tetapi,hatinya tetap berbisik,'tidak mengapa,redha..redha..sapa suruh tak letak penyepit baju..'

Ana pergi ke ampaian tempat dia sidai baju.Automatik kepala tunduk ke bawah..'Ya..itu baju aku..itu dan itu..mm..redha..eh,itu juga baju aku...' Hatinya masih sabar.


Ana turun ke tingkat 2 untuk mengutip baju warna merah.Turun ke tingkat 1 untuk kutip baju warna putih.Turun ke basement untuk ambil baju coklat. 'Eh,ini baju Nur,kutip lah untuk dia sekali'

Tapi...Ana masih merasakan yang bajunya masih banyak yang tak dijumpai..'Allah..ujian ujian..'

Ana naik ke atas dan meletakkan bajunya dalam bilik.Dia keluar ke ampaian semula.Menjengul kepala ke bawah lagi..

'Aik..macam kenal je baju oren kat basement tu..baju aku ke tak..aku ke tak..haila..' Dan dia turun dari tingkat 3 ke basement semula.Untuk menyedapkan hati,dia sentiasa berpesan pada diri sepanjang perjalanan turun ke basement,'Ujian tanda Allah sayang..Allah sayang aku ni'

Dan,alhamdulillah,baju oren itu memang baju milik Ana.

Bersyukur  dah jumpa baju-baju ini.Tapi hairan juga ya..mana pergi baju aku yang lain.Terbang di bawa angin? Mesti ada kat mana-mana.Esok sambung cari lagi.Malam-malam mata tak beberapa clear.Dah la rabun =.=' tak apa..redha..

Berjalan menuju ke bilik.Dah hampir sampai.Tiba-tiba..

"Awak!"

'Eh..aku ke..' Undur dua tapak ke belakang dan mencari-cari pemilik suara.

"Haa..Ana,tadikan akak nampak baju awak.Dah kering,sayang la kalau kena hujan.Lepastu akak alihkan ke ampaian depan bilik akak.Sorry tak bagitau awak.." Kak Aisyah memberitahuku..

Ya Allah...Engkau sangat baik,Engkau terlalu baik..Engkau dengar setiap rintihanku..Aku sangat sangat bersyukur Ya Allah..

"Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu" Al-Baqarah : 284

Tidak sia-sia setiap pagi dan petang baca mathurat dengan maknanya sekali.Mendalam maksudnya.

Ternyata memang banyak baju Ana yang di'selamat'kan oleh kak Aisyah.Ana kutip bajunya dengan senyuman tak lekang.

"Terima kasih kak,terima kasih kak,saya ingatkan baju saya dah hilang dah.Pasrah je tadi.Terima kasih kak"

Berulang kali Ana mengucapkan terima kasih pada kak Aisyah.Terlalu menghargai.

Pulang ke bilik dan rasa,mata bergenang.Hampir menangis.Terharu Allah menghargai kesabaranku. =')

Sambungan : Allah Baik # 2

No comments: