Sunday, October 16, 2011

Mid Valley : Karok Jom?

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Alhamdulillah,sudah mendapatkan tiket balik untuk cuti deepavali..setelah membeli tiket..

Muna,Dal,Diana,Ana : The four ladies off to the food court first.. ( OF course!)

Sedang memilih makanan, berita headline di TV3, "IPG perlu sasarkan lebih" ^_^ terhenti sekejap,teruja melihat setiap yag berkaitan dengan IPG..entah mengapa,mungkin kerana sudah mengalir darah seorang guru dalam diriku..insyaAllah.Makan dan makan.Dan terjadilah perbualan ini..

Muna : Kita nak pegi mana eh?
Diana : Gi TS (Times Square) nak? Boleh bowling ke..
Dal    :Ngaaaa..takmau takmau,aku pakai skirt(labuh) la..jatuh nanti naya ja..
Diana :ala,kawan aku okay je main bowling dengan jubah.. =.="
Dal    : Takmau takmau..
Muna : Kita pegi Mid Valley nak????? (teruja betul muka dia)
Dal&Diana : Haa...jomjom..on
Muna : Situ boleh buat macam-macam..tengok movie boleh,bowling boleh......karok jom?? (sambil tengok muka Ana)

Ana...yang sejak tadi memerhati dan minum air mineralnya yang tak habis-habis,terhenti jantung kejap..muka dah macam nak tercekik buah kedondong..KAROK???? Karaoke... OKE ke? Ah..sudah korang ni..

Kemudian...

Dal&Diana&Muna : Hehehehe..(lucu tengok muka Ana barangkali..) Main main je lah.. =,=
Ana   : Hadey la korang..agak-agak la nak ajak aku pegi karok pun..hee

Dan halatuju kami adalah Mid Valley.Sabtu..sangat sesak..KTM macam tin yang sardinnya high cholestrol.Mampat dan padat!

Ladies Coach pun ada manusia yang tak reti bahasa Melayu dan Inggeris..masih ada lelaki..haila lelaki..

Sampai di Mid Valley..

Dal : Nak tengok Real Steel!

Ana masih mempertimbangkan..nak tengok movie ke..erm..macam tak je..

"Korang pegi la tengok movie.Aku duduk je kat MPH.hehe.(berjam-jam pun takpe campak aku kat MPH tu)"

Dan...tercapai hasrat nak ronda 1 MPH sampai sakit kaki..sangat best :) and get a copy of a book written by a Muallaf.. "The Seeker and the Way "  gonna boost my day with new inspirations . 


May Allah Bless.


Diana,Munawarah,Dalila, thank you for the day :) 


p/s :  KL Sentral dari Bandar Tasik Selatan , KTM :RM 1 ERL : RM 4.30 tapi, ERL sangat selesa,sangat best,dan selamat.. ur safety comes first or your maoney..think :)

1 comment:

Muhammad Iqbal said...

Kadang-kadang benda yang kita tak suka, tak semua orang tak suka. Perlulah sedikit pengorbanan di situ :)

Dulu rajin jugak melepak kat MPH Mid Valley tu. Best! ( Yang penting siap boleh baca free, huhu, bahagia [ sebab tak kena marah dengan tuan kedai ]... tak mampu nak beli semua buku )