The Healer

My Photo
Have a big heart. And walk the talk. Al-Quran - As-Saff : 2-3

Sunday, September 18, 2011

Matematik : Operasi asas

In the Name Of Allah,The Most Gracious and Merciful

(Allah,give me strength =) .. )

Operasi Asas Matematik
  • Tambah 
  • Tolak 
  • Darab 
  • Bahagi
Anda sedia maklum,ini basic operations,yang anda belajar di sekolah rendah.Ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang saya peroleh di IPG mengenai operasi asas ini,kerana ,tanpa ilmu ini,bukan setakat ilmu Add Math tak boleh buat,Math UPSR pun tak lepas..Tujuan saya sediakan,ini sekadar sebagai rujukan tambahan bagi pelajar IPG akan datang yang mengambil subjek Matematik 3. p/s : saya cikgu pelatih sekolah rendah.

Tambah


Ada 2 kaedah yang boleh digunakan,iaitu :

1.Penggabungan 2 atau lebih set


2  + 3 = 5
2 + 3 + 4 = 9


2.Nombor bergaris ( line numbers)

ini contoh nombor bergaris
: Che katak duduk di titik 5,kemudian dia lompat 4 tapak ke kanan,dimanakah kedudukan Che katak?

5 + 4 = 9  

Tolak
ada 4 kaedah :
  • Take away (keluarkan)
  • whole part-part 
  • comparison (permbandingan)
  • completion (pelengkapan)
1. Take away

Ada 6 biji labu,kemudian ibu ambil 2 biji untuk dibuat gulai labu.Ada berapa biji labu yang tinggal?
*ibu keluarkan 2 biji labu
\

2.Whole part-part

Antara 8 biji buah orange sunkist dalam bakul,ada 3 biji buah yang busuk.Hakim hendak buah yang segar sahaja.
*Hakim asingkan buah orange yang busuk dan segar
\


3.Comparison

Husni beli 6 biji Smarties,manakala Aiman beli 3 biji Smarties sahaja.Berapa beza jumlah coklat mereka?
Add caption
*Mereka membandingkan jumlah yang banyak dan sedikit

4.Completion

Ah Seng perlukan 8 batang lolipop untuk diberikan kepada adik-adiknya,namun dia hanya mempunyai 6 batang lolipop.Berapa batang lolipop yang diperlukannya lagi?
*Ah Seng membandingkan jumlah yang dia perlukan dengan jumlah yang dia ada.
Lolipop
Lolipop

 **Ah seng memerlukan lagi 2 untuk mencukupkan 8 batang lollipop


Darab

4 kaedah operasi darab :
  • Repeated addition (penambahan berulang)
  • Susun tertib (arrange in array)
  • Faktor skala ( scale factor)
  • Hasil darab Cartes (Cartesian cross product)
1.Repeated addition

Mira pergi ke kedai Ali dan beli 1 batang aiskrim,pergi ke kedai Ahmad dan beli 1 batang aiskrim,pergi ke kedai Ah Chong dan beli 1 batang aiskrim dan pergi kedai sebelah rumah dan beli 1 batang aiskrim.Berapa jumlah aiskrim Mira?

1 batang aiskrim
4 tempat berbeza

1 + 1 + 1 + 1 = 4     =      1  X 4 = 4
Yummy!


2.Susun tertib

(susunan mesti dalam keadaan segi empat sama/tepat)


cuppies ini dalam susunan tertib
5 menegak,5 melintang. Darabkan je 5 X 5 = 25 


3.Faktor skala

 A : 3 biji guli
 B : 9 biji guli


B = 3A

tu je.. =)

4.Hasil Darab Cartes

              
Ada 2 helai baju tshirt dan 2 helai seluar.Berapa kali boleh padankan baju merah/hijau dengan seluar kelabu/putih?

= baju merah + seluar kelabu , baju merah + seluar putih , baju hijau + seluar putih , baju hijau + seluar kelabu = 4 kali


Bahagi


4 kaedah operasi bahagi
  • Repeated substraction
  • Sharing equally
  • Partive
  • Inverse multiplication
1.Repeated Substraction

Osman mendapat 10 botol air,dia memberikan dua botol kepada 4 orang adik-adiknya.

10 - 2 - 2 - 2 - 2 = 2


10 ÷ 5 = 2

10 botol air tu dibahagi sama rata sebanyak 2 botol kepada adik-adiknya,4 orang,setiap sorang.10 tolak 8 botol,sama dengan 2.Bakinya adalah 2 botol iaitu untuk Osman.

2.Sharing equally

Ada 10 botol air,dibahagi sama rata kepada Hasan dan Husain.Setiap seorang akan mendapat 5 biji botol
air.

10 botol.
Hasan dan Husin


10 ÷ 2 = 5

3.Partive (Pengumpulan sama banyak)

Ada 16 orang orang pelajar,mereka pergi camping.Cikgu bawa 4 buah khemah ,16 orang hendak disumbatkan ke dalam 4 buah khemah, 16 bahagi 4,berapa?

4 orang
4 orang
4 orang




4 orang  
Satu khemah , 4 orang.

4.Inverse multiplication

000 000 000

(assume tu adalah telur ayam :p )

3 biji telur ayam dalam 3 bekas,
3 biji telur x 3 bekas = 9
9 ÷ 3 bekas = 3 biji telur

aha!mengelirukan bukan? :) division and the tricks


Alhamdulillah,siap :) thank you Allah :)