Monday, April 11, 2011

Doa itu wireless ~

In The Name Of Allah The Most Gracious And Merciful

Salam pembuka bicara..
Melalui pembacaan sebuah novel karya Hlovate,ana menemui satu istilah yang cukup terkesan di hati..
 "Doa itu Wireless"  (^_^)

Pernahkah sebelum ini anda terfikir demikian - doa itu wireless?? Kita berdoa saban hari,eh..tak..setiap masa!

~ sebelum selepas solat/ambil wuduk
~ sebelum selepas makan/pakai baju/belajar/tidur
~ masuk keluar jamban/rumah/masjid/kelas/kereta
~ ketika mandi..mohon konsentrasi..mohon kejayaan..rumah..kereta..banglo..teres..pangsapuri..hati tenang.. cantik..pandai..anak-anak ramai..keturunan bagus,sihat cerdas et..etc..etc...dan macam-macam lagi..
lihat??betapa banyaknya doa-doa anda sekalian .. sengaja tidak ana tuliskan dua perkara yang sepatutnya didahulukan sebelum berdoa.. 

Pertama : ya.. SELAWAT! Selawat ke atas junjungan sebelum dan selepas berdoa..Selawat umpama SETEM untuk membawa doa merentas langit ketujuh,diiringi dengan HARGA IKHLAS jika anda tidak mahu doa atau ibadah anda dihumban kembali dan tidak diterima.

Kedua : panjatkan rasa KESYUKURAN terlebih dahulu,atas segala nikmat yang Allah kuniakan..nikmat yang sedia ada pun tidak dihargai,sudah meminta nikmat yang lain pula,bersyukurlah dahulu..*selingan*andai kata nikmat sihat kedua-dua belah kaki Allah uji dengan bisul (orang panggil bisoi) di tapak kaki,sudah tercapik-capik..mm,itu baru Allah tarik nikmat boleh berjalan dengan elok,kalau Allah tarik balik sebelah kaki?tinggal tempang? bersyukurlah..ingin ana berkongsi sebuah cerita pendek..

 Dikisahkan,terdapat seorang pemuda yang merungut kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kasut baru.Dia hanya berkaki ayam..lalu dia mengeluh..Apabila dia keluar dari rumah,tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang tidak berkaki......

faham? fikirkan..
Doa Itu Wireless??

Sungguh,ana terpukul ketika membaca 3 perkataan ini..Maha Suci Allah,bila-bila masa sahaja Allah boleh torchlight hati kita hatta dengan 3 perkataan sahaja..kenapa dikatakan doa itu wireles?? 

doa itu wireless  sebab anytime,anywhere anda boleh berdoa dan meminta kepada Allah..
coverage untuk berdoa sangat-sangat luas..INFINITY!! 
di mana-mana sahaja,signal bar sentiasa fully charged..
dah la F.O.C - Free Of Charge...
dapat pula top up pahala..
sebab itu,kita kenalah ambil hundred percently take advantage..

Kita berdoa,kadang-kadang tidak sedar..disebabkan kita boleh meminta anytime,anywhere tu,kia jadi malas hendak berdoa.. 

"sat lagilah,lepas Maghrib aku doa la..ni nak rush lepas Asar nak pi konvoi main bola.."
"tak pa aih..aku doa dalam hati  ja..."

errk..seyakin mana anda yang setiap doa yang anda send kepada Allah,DIA akan receive and accept macam tu je doa anda tanpa menilai ada sebarang fracture pada doa tersebut..

muhasabah balik ya? :) fi amanillah..moga-moga,doa-doa kita diterima Allah..ameen

P/S : selalu cakap bahasa baku..sekarang zaman moden,guna istilah-istilah ni,harap-harap,fahamla..

No comments: