Thursday, February 3, 2011

Mekar Kasturi

In The Name Of Allah The Most Precious And Merciful

Harum mewangi mekar kasturi
Indah lagi akhlak terpuji 
Yang tak ternilai seorang puteri
Lambang mulia peribadi

Diri terpelihara maruah terjaga
Pandangan dijatuhkan
Langkah disederhanakan
Aurat dititikberatkan
Hanya muka dan telapak tangan dizahirkan

Bahagianya puteri!!
Rasulullah membela dari Arab Jahiliah
Betapa kasihnya Kekasih Allah
Pada insan bernama puteri
Puteri tidak lagi disakiti
Tiada hina mahupun keji
Puteri dibelai disayangi


Puteri hiasan duniawi
Seindah hiasan adalah puteri solehah
Dibimbing diasuh
Kerana puteri solehah lebih baik
Dari bidadari syurgawi

Ingatlah puteri
Andai tiada kamu menari di dunia ini
Bersama-sama lelaki ajnabi
Kamu akan menari bersama-sama bidadari 
Di negeri abadi

Kau bunga idaman wahai kasturi
Kekallah dirimu 
Di taman larangan iman.


                                                                                                                        nukilan Syafawani ~

tinta penulis~

sebenarnya puisi ini ana cipta tahun lepas dan pernah ana post kan sebelum ini..tetapi,apa salahnya peringatan buat kali kedua? ana nukilkan ketika menonton drama jepun selepas membaca novel karya Fatimah Syarha masa tingkatan empat,di bilik bahasa asing..novel yang ana kira cukup memberi kesan di hati ini..ya,sbeaik2 tulisan adalah tulisan yang mampu merubah seseorang di sebabkan ketajaman penanya..

kata-kata yang ingin ana kongsi~

"Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiyah(isteri Firaun), setia dari Khadijah(isteri Nabi s.a.w. yang pertama)jujur dari Aisyah(isteri Nabi s.a.w yang paling muda) dan teguh hati dari Fatimah(puteri Nabi s.a.w.).

lovely rose for lovely muslimah~

No comments: