Tuesday, January 4, 2011

Ya Ukhti ~ Bingkisan Buatmu

In The Name Of Allah The Most Merciful And Precious

Sebenarnya,bingkisan ini untuk ana dan dia je..didedikasikan oleh seorang sahabat ana dalam buku tazkirah ana..tapi, apa salahnya berkongsi,kan?


Ya Ukhti
dikala kita keresahan..
ingatlah,
kesusahan dan kesedihan itu ibarat musim dingin yang basah,lembap dan tidak disukai insan
tetapi sesudah berakhirnya musimdingin itulah tumbuhnya bunga-bungaan yang harum dan buah-buahan yang segar..



Ya Ukhti,
perjalanan ini begitu dasyat..!
bagai belayar di lautan gelora
bagai meniti titian penh berduri
Namun,labanya begitu hebat!
hanya si cekal dan si tabah tiba di tujuan..

Min Qalbi,
kita sering tertanya-tanya,
bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku??

Tapi,ingatlah..
cinta itu bukan pilihan
cinta itu ikhlas dari hati
apabila tiba masa,ketika keadaan dan siapa
cinta akan menjadi satu kuasa luar biasa
yang tiada bandingannya

Biarlah hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri

Segala pesanan yang ana sampaikan,adalah khas untuk kita berdua dan muslimah di luar sana..

Sampaikanlah ilmu walau satu ayat (^__^)

Dari sahabatmu,
ukhti Nur Liyana
10 Julai 2010

Penyampai : Nur Liyana bt Ab.Aziz
Kem Nuqaba 2010

ana suka sangat2 bingkisan ini..syukran ukhti !!

ada lagi kat bawah ni..dari sahabat ana jugak..


I hope we will die with Allah in our mind,
Rasulullah in our memory,
Iman in our soul,
Islam in our heart,
Quran n sunnah in our hold,
Syahadah in our tounge,
n Heaven in our hope...
Amiin yang Rabbal Alamin...

Peliharalah akhlakmu kerana kehidupanmu
Agamamu kerana ia adalah nyawamu
budi pekertimu kerana ia adalah lukisan hidupmu
amalanmu kerana ia adalah pakakaian ukhrawimu
lisanmu kerana ia adalah hatimu
yang lahirnya maruahmu..




selamat menghayati! :)

No comments: