Tuesday, January 25, 2011

Tutupilah Auratmu

In The Name Of Allah The Most Merciful And Precious

Tarikh : 1 Mac 2006
Tempat : Surau Al-Falah
Penyampai tazkirah : Ketua Umum 2005/2006 SMKA Nibong Tebal,Akh Khairul Munzir

JAGA AURAT!!!!

Apakah maksud aurat???
  • aurat berasal daripada perkataan "aur " yang membawa maksud "cacat"..maka aurat membawa erti kecacatan

Mengapa perlu menutup aurat?
lollipop terdedah ka lollipop berbalut????
  • aurat perlu ditutup samalah seperti kecacatan di badan yang perlu ditutup seperti krap dan sebagainya.Tentu sekali anda akan menutup permukaan badan yang dihinggapi kurap.Begitulah juga aurat.Kita perlu menutupnya kerana malu diperhatikan orang lain tentang kecacatan diri kita..
Jika tak tutup aurat?
  • maka jelaslah pada pandangan orang ramai bahawa orang yang tidak menutup aurat itu adalah orang yang cacat kerana mempamerkan kecacatan dirinya pada orang lain.

Apakah batasan aurat seorang muslim dan muslimah?
  • Bagi seorang muslimah(perempuan) auratnya adalah
     ~seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Namun syarat2nya adalah.....
  1. Pakaian tersebut mestilah longgar,tak menampakkan bentuk tubuh sama ada baju,seluar ataupun kain yang dipakai.
  2. Tidak jarang (hendaklah tebal),tak menampakkan warna kulit
  3. Labuh :tudung hendaklah dilabuhkan sehingga bawah dada,sama ada depan,belakang mahupun sisinya 
  4. Baju yang dipakai khususnya t-shirt mestilah labuh hingga menutupi punggung sama ada depan,belakang mahupun sisinya.
  • Bagi seseorang muslim(lelaki) auratnya adalah 


  1. bermula daripada pusat sehinggalah ke kepala lutut,sama ada di depan,belakang mahupun sisinya.
  2. Pakaian tersebut mestilah longgar,tak menampakkan bentuk tubuh sama ada baju,seluar ataupun kain yang dipakai.
  3. Tidak jarang (hendaklah tebal),tak menampakkan warna kulit
  4. Akan tetapi jika menutup bentuk badan dengan memakai baju yang longgar dan labuh adalah lebih molek lagi.
*untuk lelaki..ana tak tahu la pula tentang pakaian sukan mereka..rata2 suka pakai "short" dan seluar fit...(ana ternampak!bukan usha!) ana x nak dikatakan memandai2..tapi..ana x berkenan orang pakai macamtu..ntah..pilihan masing2..korang yang pakai,bukan ana..so,for boys..i have no solutions for that..nanti kalau ana terjumpa dalam internet,ana tulisla kat sini yea...assiftu jiddan..(minta maaf sangat2)

TETAPI......
    bagi perempuan,hendaklah memelihara suaranya daripada bertutur secara kuat yang keterlaluan mahupun mendayu-dayu yang penuh menggoda kerana suara perempuan adalah aurat!!
    Melainkan dalam situasi tertentu yang dibenarkan untuk meninggikan suara seperti dalam situasi pembelajaran.

    BADAN DAKWAH ROHANI SMKA NIBONG TEBAL

    kata-kata penulis

    Sebenarnya,tazkirah ini disampaikan disebabkan satu kejadian..tak dinafikan,ana pun terlibat dalam kejadian tu..(jahil lagi time tu...form 1 la katakan)..kejadian itu berlaku ketika hari sukan..seperti biasa,acara kemuncak hari sukan ialah pertandingan tarik tali yang disertai oleh kaum lelaki sahaja..ketua umum ni,berada dalam rumah hijau,(sama la dengan ana) dan dia menyertai pertandingan tarik tali itu...pihak puteri dan putera bersorak bagai nak gila..sama naik je putera puteri time tu..tambah pula rumah hijau masuk final,dan kemenangan berpihak kepada rumah hijau..punya seronok la...tak tau malam tu nak kena "WASH" habis2 ngan encik ketua umum..malam tu terus kena "BLEACH" la..encik ketua umum pun terang la,suara perempuan termasuk dalam aurat perempuan..lebih kurang macam ni la ayatnya..

    "HAA..hampa budak2 puteri,toksah dok terjerit2 la macamtu..AURAT,AURAT!!"katanya..
    malu!

    time tu,memang kena tepat-tepat batang hidonglah..dah la ana n puteri2 lain bersemangat giler2 time bagi sokongan tu..malu,malu!!!malu sangat2..sebab tu la smpai sekarang ana ingat sangat2 tazkirah beliau...bagus jugak perli depan2 ni..berkesan sampai bila2..(cara2 kena betul jugak...syukran jazilan untuk encik ketua umum..)

    baiklah,soal pakaian,ikut garis panduan2 tu..
    INGAT NI!!!

    kalau x jelas,klik sini

    JANGAN

    KETAT 
    SENDAT
    PADAT 
    MAMPAT
    SINGKAT

    dan

    JANGAN JARANG MACAM PUKAT

    NANTI KAT AKHIRAT BARU NAK TERSEKAT2..!!

    haa...dah jadi puisi dah..hehe..kat akhirat kita hendakkan perjalanan yang lancar,bukan tersekat2..jadi,beringat2..

    suara pula..perempuan,dijadikan suaranya lembut..jadi,yang dikatakan jangan mendayu-dayu tu,suaranya tidak mengada-ngada..

    LEMBUT tetapi TEGAS..

    LEMAH LEMBUT...BUKAN LEMAH GEMALAI!!! beza ya..

    yang dikatakan suara boleh dikuatkan berada dalam situasi tertentu seperti pembelajaran ialah seperti contoh-contoh berikut....
    1. pertandingan pidato,forum,bahas..dll..
    2. pembentangan di hadapan kelas
    3. study group
    4. mesyuarat
    dan perkara2 yang melibatkan kaum asing (ajnabi) -dengar cam alien je..hehehe

    okey,jaga aurat anda!

    4 comments:

    Muhammad Iqbal said...

    Menarik gambaq lolipop tu,,
    Pasai seluar pendek digandingkan dengan seluar fit :
    ana pernah tanya seorang ustaz kat sekolah ana ( SBPIKP ), dia kata pakaian seperti itu sudah memadai untuk menutup aurat..
    >sejujurnya, ana sebenarnya kurang berpuas hati dengan jawapan itu, sebab ustaz itu tidak menyertakan dalil yang jelas untuk saya terima pandangan dia, ( Bukankah seluar fit itu ketat sehingga boleh menampakkan juzuk anggota badan yang menjadi aurat????)
    >>jadi, untuk pilih jalan selamat, ana pakai je la seluar panjang, bukannya payah sangat pun, lagipun aurat lelaki bukan banyak sangat kan..

    Syafawani said...

    gambr tu ana jumpa kat facebook.
    mm,terima kasih atas pandangan tu.betul juga.berdasarkan :
    4.Akan tetapi jika menutup bentuk badan dengan memakai baju yang longgar dan labuh adalah lebih molek lagi.
    ana tak search lagi tentang pemakaian sukan ni dengan lebih lanjut.
    papepun,syukran.

    Izz Hazwani said...

    aurat sudah beres dijelaskan. tick!


    kak syafa, kalau ada masa terluang, mohon beri peluang kepada para pembaca agar menulis post tentang penjelasan hijab ya? orang (merujuk kepada saya) ingat nak tulis, tapi takut ada salah silap pemahaman pulak nanti ^^.

    Izz Hazwani said...

    ahaa, lupa. maksud hijab dari istilah sebenarnya. dan hijab bagi seorang muslimah =)