Monday, January 3, 2011

Sifat pada Sahabat

In The Name Of Allah The Most Merciful And Precious

Santapan Rohani Tingkatan 1
Tarikh : 28 Februari 2006
Hari : Selasa
Tempat :Bilik Rekreasi Aspuri SMKANT

Sifat sahabat2mu..
  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya,dia akan melindungimu
  2. Jika engkau merapatkan persahabatan,dia akan membalas baik
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan,dia akan membantu
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu,dia akan menerimanya dengan baik
  5. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik darimu,dia akan menutupinya
  6. Jika engkau berdiam diri,dia akan bertanya tentang kesusahanmu
  7. Jika datang sesuatu bencana kepadamu,dia akan meringankan bebanmu
  8. Jika engkau berkata kepadanya,dia membenarkannya
  9. Jika engakau merancang sesuatu dia akan membantumu
  10. Jika engkau berselisih faham,nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan 
Pendapat ana.. 

Kawan dan Sahabat
ya,persahabatan itu perlu dijaga..ana merujuk kepada persahabatan sama jantina..elakkan pergaduhan..tambah-tambah lagi pergaduhan antara sahabat kita disebabkan lelaki..(no way!!!) tidak,jangan sesekali ya..
bagi ana,bersahabat dan berkawan adalah lain..sungguh lain..kawan banyak...sahabat sikit sangat..sebab??
  • hanya sahabat yang akan menegur kita jika dia tahu berita nama kita diburuk-burukkan tanpa pengetahuan kita..
  • hanya sahabat sanggup gerak kita malam2 untuk tahajud (kat asrama mahupun rumah -sms)
  • hanya sahabat yang akan duduk sebelah kita masa kita sedih...kawan gembira banyak..kawan time kita sedih??almost none..
  • hanya sahabat yang akan jujur dalam menilai kita yang sebenar2nya.
its different..totally different..
selamat bersahabat..! remember..

Orang yang rugi adalah orang yang tidak tahu mencari sahabat dan orang yang paling rugi adalah orang yang tidak tahu menghargai sahabat yang ada.. kata2 Saidina Ali


uhhibukum fillah !! (^__^)

No comments: