Friday, January 21, 2011

Perbezaan Muhrim,Mahram dan Ajnabi

In the Name of Allah,The Most Gracious and Merciful

Terdapat 3 istilah yang sering disalahgunakan oleh masyarakat kita, sama ada dalam penulisan, mahupun semasa berkomunikasi. Dengan itu, ada beberapa definisi yang ingin saya berikan agar pembaca dapat rungkaikan perbezaan maksud antara 3 istilah ini. Istilah-istilah tersebut ialah, ajnabi, mahram dan muhrim.

Mahram

Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Begitu juga dengan lelaki.
Contohnya : Mahram kita(perempuan) ialah - Bapa kandung,bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa - lihat di sini

Ajnabi (Bukan mahram)

Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya ..... AJNABI = BUKAN MAHRAM
Senang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..
Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.

Muhrim

Muhrim pula bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

***

Seringkali kita lihat orang tersilap menggunakan isitilah antara mahram dan muhrim ini. Dengan definisi yang diberikan, saya berharap agar selepas ini kita lebih berhati-hati dalam berbicara dan menulis. Bukan sekadar menulis sewenang-wenangnya. 

8 comments:

Muhammad Iqbal said...

Perkongsian ilmu yang baik..
memang ramai yang keliru dengan 2 perkataan itu..

~ Pelaut Rabbani ~ said...

salam perjuangan..
terima kasih atas perkongsian ini. (",)

fadhilah said...

orang ramai suka biarkan diri sendiri dan saudara muslim lain terus terkeliru sehingga akhir hayat. buktinya: berapa ramai orang yang ajar anaknya bahasa arob (bahasa kita) untuk memahami alquran & assunnah? berapa ramai pulak yang speaking english dengan familinya? ish...alquran & assunnah itu ditulis dalam english ke? berapa orang pulak yang sebarkan hal-hal ini?

Anonymous said...

terima kasih. ;)

Izzatul Iylianis said...

terima kasih :)

Izzatul Iylianis said...

terima kasih :)

Anonymous said...

Alhamdulillah dpt btulkan slah fahaman sy hehe... tima kasih

Erazhyaa said...

Naam:)